Allahyarham Khir Johari bolehlah dikatakan salah seorang, orang kuat Umno dizaman 60an dan 70an dulu. Beliau pernah memegang jawatan menteri pelajaran di zaman perdana menteri pertama allahyarham Tunku Abd.Rahman.
Kini anaknya Zairil Khir telah menyambung karier politik seorang ayah!, tetapi bukan melalui politik UMNO!!. Zairil Khir telah memilih DAP sebagai wadah perjuangannya! Beliau telah hilang kepercayaan dengan parti Umno. . Menurutnya Umno sekarang bukan seperti Umno dulu lagi.
Memang benar Zairil!, anda telah membuat pilihan yang tepat! Rakyat Malaysia seharusnya sedar, bahawa parti perkauman seperti Umno, MCA maupun MIC tidak relevan lagi dalam suasana politik hari ini. …. rahimothman
UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP
Petikan – Anak Suingai Derhaka
Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad serta diperalatkan pemerintah bagi kepentingan peribadi..
Kata-kata anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO sendiri tu.. Hairan ya.. masih ada yang percaya UMNO memperjuangkan nasib Melayu padahal hakikatnya UMNO telah diperalatkan oleh sekelompok pemimpin UMNO untuk memperkayakan diri sendiri dan juga kroni..
UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP
SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.
Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian. Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan. "Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.
Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO. “Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.
Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO menyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.
“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.
“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.

Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan