Ini satu lagi tanda-tanda PRU ke-13 dah dekat, dan DS Anuar mesti dicalit dengan berita-berita jahat dan busuk!!
Betapa tingginya songkok Arman Azhar (ketua Pemuda PERKASA) tinggi lagi hasrat PERKASA yang mahu menghapuskan sama sekali karier politik DS Anuar Ibrahim. Tak habis-habis PERKASA nak menggertak, nak menakut-nakut dan dalam masa yang sama nak mengaibkan DS Anuar Ibrahim! Kelmarin ketuanya Arman Azhar dan rakan-rakan sekutu buat gempar lagi !.. Mereka buat laporan polis ! dan desak pihak kerajaan rampas passport antara bangsa Anuar Ibrahim…,
Laporan tersebut, antaranya mereka menuduh dan mendakwa,..
1. Anuar Ibrahim merancang hendak mengadakan rusuhan! 2. Anuar Ibrahim merancang melarikan diri keluar negara sekiranya kalah dalam kes liwatnya!!... 3. Anuar merancang membuat satu kemalangan yang melibatkan dirinya sendiri!! kemudian pihak kerajaan mahu dituduh sebagai perancangnya, lalu Anuar pun meminta simpati dari rakyat !! .
Aduh! Aduh! Aduhhh!! Ish ish!!. Sungguh hebatnya dan kreatifnya kepala otak budak bernama Arman ni!! Oooh betullah tu. Dulupun semasa dalam penjara, Anuar pernah menumbuk mukanya sendiri hingga lebam!!!? (seperti didakwa oleh Dr Mahathir)… Last-last kantoi, bila Rahim Noor mengaku membelasah Anuar. Jadi pada kali ini Arman nak ajak rakyat sekali lagi supaya mempercayaai dakwaannya bahawa Anuar nak cederakan diri melalui kemalangan yang dirancangnya sendiri!! Ini betul-betul cerita katun dan melucukan !
Tetapi mahukah rakyat menerima cerita-cerita sebegini lagi? Olahan dan jalan cerita masih mengikut skrip lama, dah lapok dan dah basi!! Cerita yang mereka hebahkan,. nak kata tak lojik pun ada, nak kata kelakar pun ada, tetapi rasanya seronok lagi mendengar cerita Pak Pandir!!
SELAMAT MEMPERJUANGKAN UMNO & MELAYU HAPRAK WAHAI ANAK-ANAK IKAN PEKASAM !!
oleh : rahimothman
Baca seterusnya – petikan - http://milosuam.blogspot.com/
Gerombolan songkok tinggi buat konspirasi bodoh!
Mungkin geng-geng songkok tinggi 3 jengkal ni banyak sangat tengok cerita-cerita konspirasi bodoh filem tamil. Orang-orang yahudi membuat konspirasi bertahun-tahun lamanya, merancang dengan teliti untuk menyebarkan propaganda kepada dunia.
Tapi geng-geng bebal songkok tinggi 3 jengkal buat konspirasi tak sampai seminggu. Konspirasi gerombolan songkok tinggi setakat mampu menipu budak tadika yang bebal yang hanya tahu mengangguk walaupun tak paham.
Mari kita lihat konspirasi gerombolan songkok tinggi yang kononnya nak buat gempar satu negara.
Sebelum ini salah seorang kepala gerombolan songkok tinggi 3 jengkal membuat satu laporan Polis kononnya mereka memiliki dokumen bukti yang didedahkan oleh orang dalam Parti KEADILAN. Ketua gerombolan ini menggesa kerajaan Malaysia agar merampas pasport milik Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka memiliki maklumat dalaman kononnya Anwar dan kawan-kawannya telah merancang untuk melarikan diri dari Malaysia sekiranya kalah di dalam kes liwat yang sedang di hadapinya.
Bukan itu sahaja, ketua gerombolan juga berkata, Anwar telah merancang untuk membuat satu insiden kemalangan ke atas dirinya sendiri untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Namun apabila diminta untuk mendedahkan maklumat pada sidang media, ketua gerombolan menolak atas alasan Polis tak benarkan. Baca seterusnya di… http://milosuam.blogspot.com/2011/gerombolan-songkok-tinggi-buat.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan