Mahathir berkuasa 22 tahun, Hosni Mubarak 30 tahun, Najib? Mahathir pernah berdegil tak mahu letak jawatan !, pernah pura-pura menangis kerana nak letak jawatan!,.. hakikat sebenar mahu dipujuk !
Presiden Mesir Hosni Mubarak 82, dikatakan sebagai orang terkaya didunia, memiliki kekayaan anggaran mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang 30 tahun pemerintahannya. Menurut beberapa pakar kewangan Asia Barat, sebahagian besar kekayaan Hosni, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Rakyat Mesir dikatakan sudah bosan terhadap Hosni Mubarak yang gagal meningkatkan ekonomi dan menaik taraf hidup rakyat. Tahap kemiskinan dan pengangguran masih tinggi. Keadilan tidak ditegakkan!, malah masih ada rakyat yang ditindas dan dizalimi!!. Akhirnya mereka terpaksa bertindak!, keluar beramai-ramai melakukan tunjuk perasaan, meminta Hosni Mubarak letak jawatan, namun, nampaknya Hosni Mubarak masih berdegil !! Dan polis Mesir telah membelasah penunjuk-penunjuk perasaan itu hingga ada yang mengalami kecederaan.
Apa bezanya nasib penunjuk perasaan di Malaysia ? semasa zaman Mahathir maupun Najib?... Sama je. (Lihat gambar di bawah) Apa pula pendirian Kerajaan BN pimpinan Najib?.... Seperti telah diduga!.. Kerajaan Najib menyokong tindakan kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak! Maknanya kerajaan Malaysia menyokong polis kerajaan Mesir membelasah penunjuk perasaannya sebagaimana Mahathir dan Najib merestui PDRM membelasah penunjuk perasaan di Malaysia!
Biasalah ! beruk tentulah berkawan dengan beruk, gajah berkawan dengan gajah! Lanun berkawan dengan lanun!, penyangak berkawan dengan penyangak!!. Mana mungkin penyangak nak berkawan dengan orang baik-baik.!! Jadi sokongan Najib kepada Hosni adalah sebagai tanda setia kawan antara dua orang pemimpin sama-sama macam penyamun!
Nampaknya nasib rakyat Malaysia dan rakyat Mesir tak jauh beza, masih dibelenggu di bawah cengkaman Rejim kukubesi.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan