Memberi kemudahan dan membantu rakyat itu memanglah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah, malah parti komunis yang memerintah di China pun berbuat demikian.....
Hujah kenangi dan balas jasa UMNO dah tak relevan lagi.. Sebagai rujukan mari kita hayati kisah Nabi Musa,...., Nabi Musa sendiri pun bangun menentang Firaun orang yang membesarkannya! Musa dengan tegas yakin dan berani menyatakan keyakinannya bahawa tuhannya hanya satu iaitu Allah!. Bukan Firaun atau mana-mana yang lain. Kenapa Musa sanggup berbuat demikian?,....kerana si Firaun itu zalim dan menentang keesaan Allah!!
Berbalik kepada situasi di negara kita,... Umno diakui sah sebuah parti Melayu yang mengikut telunjuk British! Dan selama Umno memegang teraju pemerintahan, banyak perkara yang Umno dah buat. sama ada yang baik maupun yang buruk. Cara Umno memerintah nampak sangat hebat,. Mereka sapu keliling, halal dan haram semuanya diredah! Rasuah dan penyelewengan kuasa menjadi-jadi. Prinsip keadilan diketepikan, manakala kezaliman dibiarkan berlaku secara terang atau berselindung!.
Lebih setengah abad Umno selesa dan lena dengan kuasa yang diberi!!. Sikap dan tabiat buruk Umno tak banyak berubah. Apakah rakyat Malaysia harus membiarkan saja “kerakusan dan kezaliman” Umno terus berlaku? Sedangkan rakyat masih ramai yang susah dan menderita!. Jangan!,... jangan kita tertipu lagi. Kewajaran mengenag jasa Umno tak punya tempat lagi!. . Dasar mengenang jasa Umno sudah tidak relevan !! Kini sudah tiba masa untuk berubah !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan