Semuanya kerana politik ! hukum Islam sanggup ditentang, disanggah. Kelemahan diri, takut diakui…..
Usia makin senja, dosa kepada rakyat terutama umat Islam terlalu banyak!! Rumah kata pergi, kubur kata mari! Liang lahad memangil-manggil. Berubahlah! insafilah diri !!
Sebagai seorang Islam Tun kena percaya Islam itu adalah cara hidup yang sempurna. Islam diturunkan sudah cukup lengkap. Ia merangkumi seluruh sistem kehidupan, ini termasuklah politik!
Malaysia kununnya sebuah Negara Islam, sepatutnya seluruh pemimpin Islamnya istiqamah dalam memperjuangkan kedaulatan dan syiar Islam. Tetapi agak malang, satu demi satu pemimpin Islam berbangsa Melayu yang Umno ketengahkan bersifat munafik!!
Memetik satu artikel baru-baru ini oleh : G Manimaran dalam http://wargamarhaen.blogspot.com/ Mahathir menggesa Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Mahathir nampaknya macam hendak mengajar NIK Aziz, walau pun beliau sendiri mengaku ilmu agamanya sangat cetek berbanding Nik Aziz.
Kalau Mahathir benar-benar mengetahui dan mendakwa bahawa segala perbuatan dan tindakan Nik Aziz itu selama ini salah! ini saranan penulis kepada Mahathir,… Sudilah kiranya Tun memberi kuliah agama kepada Nik Aziz, atau setidak-tidaknya Tun membawakan seorang tokoh agama terkemuka untuk berdialog dengan Nik Aziz. Perbetulkan apa yang salah!! tambah apa yang kurang!!. Sebutkan satu-satu apa kesalahan Nik Aziz berdasarkan hukum Islam!! Mahukan Mahathir berbuat demikian? Atau sebaliknya,…Nik Aziz tentu tak keberatan untuk berkunjung kerumah mantan Perdana Menteri itu semata-mata untuk berdakwah disamping mengukuhkan ukhwah!!
Berbalik kepada perjuangan seorang ahli politik! Nik Aziz ialah seorang ahli politik Islam. Salahkan orang politik bercakap soal agama, lebih-lebih lagi orang itu berpengetahuan tinggi dalam agamanya? Kalau Mahathir kata salah tolong beri hujjah!! berdasarkan Qur’an hadis qias atau ijmak.
Satu lagi soalan untuk dijawab oleh Tun… Salahkah seorang pendakwah Islam atau Mufti bercakap tentang politik? Kalau bercakap soal politik pun salah, kenapa satu ketika dulu seorang Mufti telah dipecat walhal beliau bercakap semata-mata menegakkan hukum Allah?. Mengapa kerajaan Malaysia bersikap zalim? Mengapa mulut pendakwah sering dikunci? Tolong berikan alasan yang kukuh dan janganlah semata-mata berpegang kepada hukum akal dan hukum lojik.
Seorang ahli politik yang tiada ilmu Islam (macam Mahathir) wajarkah bercakap pasal Islam?. Rasanya lebih baik diam ! daripada bercakap merapu dan mengelirukan!! Kalau dibiarkan ahli politik kategori ini bebas bercakap hal-ehwal Islam semahu-mahunya, sewenang-wenangnya, maka jawabnya hancurlah Islam!! Halal jadi haram, haram jadi halal!, yang sunat jadi wajib, yang wajib jadi sunat!!
Merujuk satu kes di Johor baru-baru ini, Nik Aziz dan sekumpulan jemaah melakukan sembahyang jamak qasar di sebuah masjid. Tetapi oleh kerana jahil dan busuk hati lalu Nik Aziz dituduh melakukan sembahyang dua imam. Kemudian isu yang dicipta itu dilaporkan kepada sultan. Tak pasal-pasal sultan Johor mendapat malu, akibat dari aduan pemimpin Umno yang jahil agama itu.
Bukan semua orang boleh menjadi ahli politik ! tetapi bagi ahli politik yang memiliki ilmu Islam, itu adalah merupakan satu bonus!! Bonus untuk dirinya, bonus untuk rakyat dan negara.
Kalau Mahathir tak pandai hukum hakam Islam, mengapa pula mesti marah bila Nik Aziz bercakap tentang Islam? Kenapa mahu ditutup mulut Nik Aziz dari menyampaikan risalah Islam?, Kenapa mahu dihalang mana-mana pemimpin Pas hendak menegakkan syiar Islam?
Kalau anda tak pandai bermain bola di padang yang senget, tak perlulah anda marah kepada orang yang mahir bermain. Yang patut anda lakukan ialah mempelajari bidang ilmu yang anda tidak mahir itu!! “SELAMAT BERUBAH LAKU WAHAI TUN MAHATHIR !!”
Oleh : rahimothman
penat dh nk carutkan tua kutuk ni..biarlah Allah bayar tunai kt dunia ni..biar smua orang nampak salah laku dia ni...deyyyyyyy...
BalasPadam