Teman kurang bersetuju Pendidikan Seks dijadikan dijadikan mata pelajaran di Pusat-Pusat Latihan Khidmat Nergara (PLKN). Rasanya terlalu banyak resiko selepas remaja-remaja ini didedahkan dengan subjeks pendidikan seks ini.
Sama ada mereka berpengetahuan atau kurang berpengetahuan sikap setiap remaja ialah ingin mencuba! Setelah mereka mengetahui cara seks selamat dan tidak selamat, pasti mereka teringin melakukannya!! Melaksanakan subjek baru ini ibarat mengajar itik berenang atau memberi anak-anak bermain bunga api !!
Lebih baik slot khas, bukan subjeks khas!
Adalah lebih baik satu slot khas disediakan untuk para pelatih, bukan subjeks khas seperti yang dicadangkan yang mana subjeks khas itu mungkin memberi perincian yang meluas mengenai seks. Slot khas yang teman maksudkan ialah memberi penekanan tentang,…
1. Apa dia yang dikatakan seks bebas atau seks terlarang
2. Apa dia keburukan-keburukan dari seks bebas atau terlarang itu.
3. Sedarkan pelatih bahawa perbuatan tersebut ialah satu jenayah berat!
4. Perjelaskan tentang hukuman ! mungkin disarankan hukuman yang lebih berat!
5. Kepada pelatih bukan muslim tumpukan kepada aspek kesucian jiwa dan moral
6. Kepada pelatih muslim perdalamkan aspek agama, perincikan tentang dosa dan azab siksa api neraka yang Allah sediakan, atau sebaliknya!,…bagaimana mendapatkan syurga Allah!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan