Khamis, 10 Februari 2011

MAHATHIR BERLAKUN LAGI ! Buat lawak bodoh !


“Melayu mudah lupa” ungkapan popular Dr Mahathir satu ketika dulu memang tepat kena kebatang hidung Mahathir,….  kerana beliau sendiri selalu lupa atau buat-buat lupa apa yang beliau pernah cakap!  Ungkapan ini lebih tepat kalau - “Mahathir Mudah Lupa”  bukan Melayu mudah lupa.
Orang tua nyanyuk, tak tahu malu dan tak sedar diri ini hari ini dia berlakun lagi!...


Dalam satu kenyataannya Mahathir berkata “Operasi Lalang pada 1987 dulu adalah urusan pihak polis, beliau tidak campor sama sekali.  Wah! mudah dan lunaknya Mahathir memberi alasan !. walhal segala keganasan polis adalah mengikut telunjuknya !  Begitulah juga dengan “kes pembunuhan di Memali” satu ketika dulu!!  Anda dah lupa?.   Rakyat tak pernah lupa!.

Bagaimana pula lagak samseng dan ganas pihak polis di rumah DS Anuar ketika hendak menahannya pada 1998 dulu?  Bagaimana layanan kasar polis terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman?.  Seluruh rakyat amat yakin dan percaya bahawa polis tidak akan bertindak sezalim itu tanpa arahan dari pihak atas. Siapa pihak paling atas kalau bukan PM? .  Rakyat nak bertanya, Kenapa sekarang?  Kenapa setelah berada diluar kerajaan,  baru anda hendak memberi alasan?  Sepatutnya anda diam saja !  lebih baik,.. kerana bila anda berlakun nampak sangat kejanggalan dan kelucuannya!!

Samalah hujjah anda tentang kes mata lebam Anuar Ibrahim semasa dalam penjara satu ketika dulu.  Anda bohongi rakyat!,  anda beritahi rakyat bahawa Anuar sengaja melebamkan matanya sendiri!..…Aduh! malunya !  sebagai seorang yang berilmu, dakwaan dan tuduhan anda tersasar jauh, tidak lojik langsung!!. Sepatut anda malu memberi hujah sedemikian!. 

Kemudian selepas Anuar keluar dari penjara, anda pernah berkata dalam satu wawancara..,iaitu Anuar sebenarnya tak buat apa-apa kesalahan pun!, Anuar tak buat salah!,…katanya  Anuar  dipenjarakan semata-mata kerana pada ketika itu beliau(Mahathir) dan BN punya power yang amat kuat !!..tak ada siapa yang boleh halang!. itu je,…. katanya lagi

Kemudian dimasa yang lain pula anda pernah berkata bahawa DS Anuar sememangnya seorang peliwat!  Hujjah ini sering anda ulangi terutama setelah kes “Fitnah Liwat 2”  muncul.  Anda juga pernah kecewa dan marah dengan Umno, lalu anda kata Umno sudah terlalu busuk hingga keusus!,… lepas itu anda pun keluar dari Umno. Tetapi tak lama kemudian  anda masuk masuk balik. Nampaknya politik anda ibarat sampan kolek ditengah lautan!,…politik “flip flop”, tak jauh bezanya dengan politik katak lompat bawaan Ibrahim Ali !!

Oleh : rahimothman

OPERASI LALANG : MAHATHIR BOHONG, kata Mat Sabu
(Petikan – Anak Sungai Derhaka)

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.
Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.
Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap..    Baca seterusnya…   http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/02/operasi-lalang-mahathir-bohong-kata-mat.html#more

Tiada ulasan:

Catat Ulasan