Tak hairanlah selama ini Mahathir dilihat pandai bersandiwara dan berdusta kepada rakyat. Musuh politiknya sering dituduh pengkhianat, padahal dirinya sendiri adalah bapak pengkhianat !! . Bolehkahkah Mahathir menafikan?,… Apa dah jadi dengan kuasa Raja-raja Melayu hari ini? apadah jadi dengan keagongan agama Islam sebagai agama rasmi?, apadah jadi dengan maruah bangsa Melayu? apadah jadi dengan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ! …. Siapa yang mengagongkan bahasa Inggeris dan memperlekeh bahasa Melayu dalam program PPSMI?
Tun Dr Mahathir dari dulu sampai sekarang sama saja, berlagak superhero. Tak pernah nak mengaku salah diatas segala perbuatan,atau tindakannya yang sering terlanjur dan keterlaluan. Setiap tutur katanya mahu dianggap betul belaka. Beliau tidak sedar seringkali kata-katanya nampak merepek, merapu dan terkeluar dari landasan kebenaran.
Rupa-rupanya Allah jadikan lidah Mahathir panjang dan bercabang macam lidah biawak supaya mudah beliau berputar-belit dan berdusta!!.. Itulah yang Mahathir telah lakukan sampai hari ini, tak pernah berubah.
Barangkali Allah juga mahu memanjang umur Mahathir, supaya beliau dapat melihat apa yang berlaku selepas ini!! Biar Mahathir lihat sendiri pembalasan Allah! dari segala keburukan yang dilakukannya sebelum ini!!
Sama-sama kita berdoa semoga Mahathir panjang umur dan sempat bertaubat!!
Oleh : rahimothman
Mari kita baca tuduhan DrM kepada Anuar dan Nik Aziz di bawah ini,…. Petikan - Bernama
Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir
February 26, 2011
KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini. Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain. Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan