Isnin, 21 Februari 2011

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT BOB LOKMAN !

Dengan menyertai PAS beberapa hari lalu, Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya.  Bob telah melakukan perkara yang halal disisi perlembagaan!  bukan menyertai kumpulan samseng atau kongsi gelap!! Sepatutnya lebih ramai lagi individu atau selebriti berani berbuat demikian!

Dalam hal ini, sudah tentu Bob Lokman  telah membuat pilihan yang tepat, dan sudah bersedia kemungkinan  berhadapan risiko terutama dari pihak rtm yang bersifat kuno itu. Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada Bob!.  Rezeki datangnya dari Allah dan rezeki juga ada dimana-mana.

Berbalik kepada sesiapa yang ingin  menyertai parti politik,...Pas bukan saja parti untuk Ustaz, untuk Tok Lebai Tok Siak, untuk Tok Guru Tok Imam atau untuk orang miskin dikampong-kampong !  Dulu anggapan begini mungkin ya!  Tetapi hari ini setelah menempoh banyak liku,ranjau dan duri, Pas kini hampir berada di mercu bersama slogannya Pas for all..  Pas hari ini telah melangkah jauh,... Sudah terlalu ramai alim ulamak, ahli-ahli propersional,  ahli-ahli akademik, para cendiakawan, usahawan dan ahli perniagaan terjun kedalam parti Pas,..

Tahniah sekali lagi Bob!   Anda bijak kerana telah memilih Pas sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Kenapa Bob tak memilih Umno? Jawapannya cukup mudah!  Tiada lagi sebuah parti Melayu benar-benar bersih yang boleh diharap sebagai tempat bergantung !  .UMNO sudah rosak teruk!!  Sesat dan menyesatkan !!  Umno hari ini dah busuk sampai keusus.(meminjam kata-kata Tun Mahathir)

Selagi Umno meletakkan “ketuanan Melayu” sebagai asas perjuangan, insyaAllah masa depan Umno kian gelap. Kebanyakan orang Melayu sudah sedar tentang lakunan dan penipuan Umno selama ini terhadap bangsanya sendiri!  kecuali segelintir yang masih tebal dengan karat biru Umnonya.. Sudah sekian lama parti Umno memperalatkan Islam untuk mengukuhkan syiar Umno. Sudah lebih 50 tahun  Umno berpura-pura memperjuangkan Islam, hakikatnya Umno hanya menerima sebahagian hukum Islam,  tetapi menolak sebahagian yang lain!!  Umno terus-terusan  memperalatkan Islam untuk kepentingan parti dan peribadi!!  Sepatutnya Islam mengajar Umno untuk memerintah,  bukan Umno mengajar Islam bagaimana nak memerintah!!  Ini yang berlaku hari ini.

Wahai seluruh muslimih muslimat,  mukmiminin mukminat!! Khasnya bangsa Melayu! Marilah  kita letakkan “ketuanan Islam” sebagai asas perjuangan nombor wahid ! dalam hidup kita!,  bukan ketuanan Melayu.  Tak perlulah kita menjerit-jeritkan “ketuanan Melayu”,  Kita seharusnya bersyukur kerana bangsa Melayu itu sendiri sudah berada di dalam Islam,  maka teruskan perjuangan Islam kita, martabatkan Islam dan pertingkatkan syiarnya!.

Allah tidak memandang kepada bangsa, sama ada Melayu, Cina India,  Iban Kadazan, orang putih, orang hitam, malah bangsa Arab sekali pun. Yang Allah pandang ialah “KETAQWAAN” umatnya !!  Semoga lebih ramai lagi artis-artis yang menggilai dunia glamour, yang penuh dengan unsur-unsur maksiat,  memilih jalan hidup yang diredhai Allah. Amin

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan