Khamis, 22 Mac 2012

Anwar sedia debat dengan Najib, Raja Petra

Sumber : Harakah
Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Kesediaan itu disuarakan beliau kepada pengasas Wikileaks, Julian Assenge, yang menawarkan debat bersama Najib dan PRK, di mana Julian sendiri bersedia menjadi penganjur debat tersebut.
 
"Asalnya dia ingin wawancara saya, kemudiannya RPK hendak tumpang sekali.  Disebabkan RPK pun hendak juga, dan Najib suka dengan debat ini, maka dia cadangkan supaya adakannya (debat) bersama yang dia sendiri sedia menjadi penganjur," kata beliau kepada pemberita, di lobi parlimen, hari ini.

Debat yang mungkin diadakan secara 'teleconference' itu, bagaimanapun belum diputuskan tarikhnya.
Terdahulu, pada sidang media tersebut, Anwar menyelar sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya merencana satu penipuan secara besar-besaran melalui pendaftaran pengundi.

Menurut Anwar, SPR sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk mengeluarkan sejumlah 42025 senarai pemilih yang diragui, bagaimanapun ia masih kekal sehingga hari ini.

"Siapa yang percaya dengan SPR... tiada siapa.  Kalau percaya dengan SPR, buat apa ada PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen).... PSC ditubuhkan kerana kegagalan SPR melakukan transformasi," tegas Ketua Umum PKR itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan