Anda kenal si mamat dalam gambar ni? Rasa-rasanya itulah anak Yang Berhormat Dato’ Seri Muhamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lihatlah aksinya,.. sedang melaram dengan kereta Porsche,..tetapi kereta milik siapa ye?
Khabarnya juga selain memiliki Porsche Nazri anak Tan Seri Aziz ini turut memiliki sebuah MPV mewah,. tetapi tak kisahlah berapa banyak pun harta dia nak kumpul selagi sumbernya halal !. Namun begitu rakyat tetap nak tahu rahsia kekayaan menteri ini kerana lazimnya insan yang bergelar pemimpin Umno begitu mudah mengumpul kemewahan dan kekayaan terutama untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi mereka,.. mengumpul harta dan kekayaan ini boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun,.. asalkan bukan merompak bank !! Menipu, tak mengapa!,.. mengambil hak orang lain tak mengapa!, menyalahguna kuasa tak mengapa!, rasuah,..tak boleh tidak, ia satu kemestian !
Apakah SPRM tak mahu siasat kerana tiadanya laporan? Atau SPRM awal-awal lagi sudah bersedia untuk tidak mengambil tindakan kerana orang berkenaan adalah pemimpin Umno? Kalau mengikut rekod atau trend selama ini nampaknya begitulah !,..dimana SPRM lebih suka tidur dari menyiasat orang Umno,.. tetapi mereka menjadi tak boleh tidur selagi tidak menyiasat pemimpin pembangkang ! walaupun kes yang didakwa cuma melibatkan seribu, dua ribu ringgit sahaja! sepertimana kes mendiang Teoh Beng Hock.
Nasib Teoh Beng Hock dan Ahmad Sabrani yang mati terjatuh bangunan kerana ditolak oleh hantu SPRM hingga la ni belum terbela. Kita amat sedih dan terharu kerana keluarga mangsa masih meratap dan mengharap.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan