Dakwaan Anwar tamak kuasa atau tak sabar nak ke Putrajaya tak timbul,..
Dakwaan banyak pihak terutama dikalangan pemimpin Umno selama ini bahawa DS Anwar seorang pemimpin yang gelojoh dan tak sabar nak jadi Perdana Menteri adalah tidak tepat dan jauh tersasar !.
Kalau Anwar ghairah nak jadi PM dengan cepat, sepatutnya dulu lagi dah !! Syaratnya Anwar perlu jadi yes man saja kepada Mahathir ! Jangan bantah! jangan bangkang ! tetapi Anwar tidak begitu! malahan bertindak sebaliknya !.
Anwar menyanggah setiap kecurangan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Mahathir. Beliau tidak sanggup menjadi khadam !, atau menjadi Pak angguk,..apatah lagi menjadi kuda tunggangan kepada Mahathir ! Sikapnya itu dengan sendirinya memperlihatkan beliau seorang yang perhatin, bertanggung jawab dan berjiwa rakyat. Ternyata DS Anwar bukan sekadar seorang ahli politik tetapi seorang pemimpin yang berani, tegas, teguh prinsip dan tidak mudah dicucuk hidung.
Bagi DS Anwar Ibrahim setiap kemungkaran mesti disanggah !.walaupun bosnya sendiri,. Mahathir !! Itulah yang dilakukan oleh Anwar hingga sanggup menggadaikan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri selepas persaraan Mahathir. Jadi cerita yang ditimbulkan kononnya DS Anwar gelojoh dan tak sabar nak jadi PM adalah terlalu jauh menyimpang dan tidak benar sama sekali!!
Apa sebenarnya niat Mahathir memfitnah dan memecat DS Anwar? lantas menafikan terus hak atau peluang Anwar untuk menjadi PM? Jawapannya satu dunia tahu ! Banyak projek mega bikinan Mahathir dibuat dengan tidak ikhlas! Ia semata-mata mementing dan menguntungkan diri sendiri, keluarga dan kroni. Bukan untuk keuntungan Melayu secara amnya! Namun apa-apa pun,. bukanlah mudah Mahathir nak menyorok niat dan perbuatan busuknya itu terhadap DS Anwar !.
Takut benar Mahathir dan kuncu-kuncunya kepada ketokohan, kewibawaan dan keberanian insan yang bernama Anwar Ibrahim. Anwar seorang yang bersih, telus, dan anti rasuah! Bagi Mahathir adalah amat merbahaya jika DS Anwar menjadi PM menggantikan beliau ! Sudah tentu segala keburukan dan kecurangan yang pernah dilakukan nya selama ini akan terbongkar ! Ini sebenarnya yang Mahathir dan Umno teramat takut ! Untuk menyelamatkan diri, lalu Anwar pun difitnah dan dipecat! Namun Allah maha besar, Allah maha berkuasa ! Yang benar tetap benar ! Lihat apa yang berlaku hari ini,.Mahathir dan Umno macam cacing kepanasan!
Dalam keadaan sekarang ini siapa yang benar-benar layak dan wajar dinobatkan sebagai PM?. Sudah tentu bukan dari kalangan Umno ! Yang pasti mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat adalah layak,.termasuk DS Anwar Ibrahim. Peratus untuk Anwar menjadi PM tetap tinggi walaupun sedikit terlewat ! Sudah terbukti beliau seorang ahli politik yang unggul, seorang pemimpin yang berani, tegas dan berkarisma. Ia diperkuat lagi dengan keteguhan prinsip dan ketinggian kefahaman Islamnya.
Oleh : rahimothman
setuju dengan penulis diatas...terus berjuang dsai,rakyat menunggu mu dengan penuh harapan!
BalasPadamGua sokong! Anwar tetap pilihan ku...
BalasPadamPilihan yang tepat sebagai PM Malaysia..dan akan melakar Malaysia baru
Peliau juga sosok yg boleh menyatukan rakyat Malaysia dan Indonesia yg dilihat sempat memanas..