Jumaat, 23 Mac 2012

NAJIB TAK PERLU BERTEKA-TEKI !!

Najib tak perlu bermain teka-teki lagi dengan rakyat, kerana tempoh untuk BN memerintah sudah terlalu hampir ! 
Pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) yang menjadi perhatian banyak pihak sekarang ini, berkemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh lima bulan dari sekarang, sama ada sebelum Ramadhan 2012 atau selewatnya sebelum April 2013.

Mana-mana tarikh pun  sebelum April 2013 Pakatan Rakyat memang sudah bersedia!, cuma Najib saja yang masih terkial-kial nak menentukan tarikh. Kedaan Najib dan kerajaannya sekarang ni benar-benar baru-biru, kelam-kabut dan serba tak kena. Ia ibarat orang sakit perut di tengah khalayak hendak mencari jamban tetapi tak jumpa !  silap haribulan boleh terburai. 
 
Banyak hal yang membuatkan Najib bingong sebenarnya,,. Antaranya kes penyelewengan projek Feedlot / NFC masih dalam siasatan,  pembersihan dalam SPR belum selesai, perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang melibatkan Najib kian hampir,  kes rasuah Umno Selangor semakin terbongkar, tabiat buruk isterinya Rosmah Mansor tidak dapat di selindung, terkeluarnya ahli-ahli veteran Umno dan menyertai parti lawan juga satu hal !.  Dan pemilihan Agong parti Umno 2012 juga satu hal lagi !!

Justeru,.. kepada Dato’ Sri Najib !  fikirlahlah lama-lama lagi dan kalau boleh, berjumpalah dengan bomoh Siam untuk dapatkan tarikh yang sesuai.  Atau kalau tak yakin dengan bomoh Siam,  mungkin Najib boleh cuba menggunakan bomoh Mongolia pula. Bapa Altantuya mungkin boleh tolong !!

Sedarlah Najib ! dengan bermain teka-teki ini BN takkan beroleh apa-apa keuntungan dan Pakatan Rakyat pula tak rugi apa-apa!  Yang pasti mood rakyat ketika ini sangat baik,.. mereka benci rasuah!, mereka benci penyelewengan ! . mereka benci penipuan dan kepura-puraan yang diamalkan oleh pemimpin UmnoBn selama ini.  Jelas!,  mereka mahukan perubahan !!  Masihkah Najib nak bermain teka-teki?  Silakan ! Kalau terkincit dalam seluar, jangan salahkan sesiapa !

Oleh : rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan