Isu NFC : Kenapa tergesa-gesa nak buka tender baru?
Kes NFC yang melibatkan penyelewengan dana berjumlah RM250 juta sedang disiasat dan belum lagi selesai, tiba-tiba hari ini kerajaan Najib mengumumkan mahu membuka tender baru kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging NFC ini, seperti yang diumum oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam.
Apa muslihat disebalik tindakan kerajaan yang tergesa-gesa ini? Kalau benar pun kerajaan nak teruskan projek mega ini, selesaikanlah satu-satu dulu,.. Janganlah terus meletakkan carpet baru di atas carpet lama yang telah diselaputi najis itu !. Bersihkan dulu ! siasat hingga ke akar umbi dan kalau ada menteri yang terlibat heret sekali kemuka pengadilan !
Andainya Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri terlibat sekalipun jangan cuba dilindungi. Mengikut dakwaan dan laporan yang dibuat oleh pembangkang, jumlah wang rakyat yang telah diselewengkan oleh NFC begitu besar sekali, maka pihak-pihak yang terlibat wajib membayar balik wang tersebut. Kerajaan jangan cuba bermain silap mata untuk mengaburi mata rakyat. Bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan