Wasatiyah : Najib dan Umno sendiri tak ikut!
Banyak dasar Najib hanya sedap didengar,.. pepat diluar rencong di dalam !
“Wasatiyah” daripada perspektif Islam ialah kesederhanaan dalam melakukan tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Konsep Wasatiyah ini memang baik dan sangat digalakkan dalam Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau,... begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian. Sebaik-baik amalan ialah kesederhanaan.
Bagi parti PAS dan Pakatan Rakyat konsep wasatiyah ini bukanlah asing kerana mereka telah dan sedang melaksanakannya.
Konsep Wasatiyah Najib – apa yang tak kena?
Hari ini Konsep Wasatiyah yang dilaung-laungkan oleh Najib nampak tak sepadan dengan apa yang Najib telah buat,.. atau dengan kata lain cakap tak serupa bikin! Lain yang diungkap, lain yang berlaku! Samalah dengan lain-lain slogan yang Najib pernah cipta sebelum ini seperti Konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, Transpomasi politik, transpomasi ekonomi dan sebagainya. Slogan-slogan tersebut hanya sedap diucap dan didengar! Realitinya samar, kabur dan mengelirukan !
Tiada maknanya Najib melaungkan konsep wasatiyah ini sedangkan Najib dan Umno sendiri dilihat kerapkali melakukan pembaziran. Contohnya Kerajaan UmnoBn berbelanja besar sewenang-wenangnya. Najib dan Rosmah berbelanja mewah,.. Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan satu laporan bahawa belanja majlis pertunangan anak Najib menjangkau RM0.5 juta,. dan paling baru perbelanjaan majlis harijadi Najib juga khabarnya begitu besar!.hingga mencecah RM80 ribu. Butakah Najib? sampai tak kenal antara pembaziran dan kesederhanaan?
Justeru apa yang kita dapat lihat ialah,...Najib hanya pandai berjanji dan mencipta konsep atau slogan!. tetapi dalam masa yang sama dia dia gagal menunjukkan contoh yang baik. . Wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan sedang diperkenalkannya dalam dalam pentadbirannya?. Memang tak patut !, Ia seperti ketam menyuruh anak berjalan betul ! Kebanyakan rakyat memang dah hidup sudah pun, jadi dimana lojiknya Najib menyuruh mereka mengikat perut atau berjimat? sedangkan Najib pula melakukan sebaliknya!!.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan