Sabtu, 10 Mac 2012

Rampas Perak : Sanggupkah Najib berkata “kami minta maaf”

Masih adakah lagi Melayu-Melayu bodoh yang sanggup bertuankan Umno?

 
Di Selangor Dato’ Sri Najib sudahpun mengucapkan kata “maaf”  berhubung dengan kesalahan dan kesilapan UmnoBn  terhadap rakyat Selangor,  sehingga menyebabkan mereka tumbang dalam PRU ke-12 pada 2008 yang lalu,..  Di Kedah pun begitu !. dalam satu perhimpunan baru-baru ni,  Najib telah mengucapkan kata-kata yang sama.  

Bila pula ucapan “minta maaf” ini akan berkumandang di negeri Perak?  Beranikah Najib memberi ucapan di Perak dengan berkata,… “Duhai sekalian rakyat negeri Perak !,, Maafkanlah kami (UmnoBn) kerana kami sebenarnya dengan tidak sengaja telah merampas kerajaan negeri Perak pimpinan Dato’ Sri Nizar Jamaludin tempoh hari !!   Kami dah insaf !!  maafkanlah kami!  Undilah kami dan beri kami peluang sekali lagi pada PRU ke-13 nanti”

Sekiranya  ucapan begini berlaku di Perak,  agak-agaknya  mahukah rakyat Perak mempercayai kata-kata Najib? Mahukah orang Perak bertuankan UmnoBn lagi? Mustahil ! mustahil!  Bodoh sangat le orang  Perak kalau memberi ruang dan peluang kali kedua  kepada penyamun  untuk masuk rumah dan merompak harta benda mereka !  

Perompak tetap perompak !  mana ada perompak yang baik !!,  samalah macam Umno!  Lima puluh empat tahun sudah terbukti !  Segala-galanya Umno kontrol !  Raja2 Melayu mereka permain dan peralatkan, hakim dan peguam mereka beli, agensi-agensi kerajaan mereka perkuda !  Harta negara mereka kaut,  hak orang Melayu, hampir licin mereka kikis !!!  Justeru, masih adakah lagi Melayu-Melayu bodoh yang sanggup bertuankan Umno?

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan