Khamis, 29 Mac 2012

Kita tunggu Hasan Ali bersumpah di masjid !


Baru-baru ini  ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabatnya.

Dakwaan Azmin telah disokong oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan berkata  Datuk Dr Hasan Ali bekas exco kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya yang lain. Berikut ialah angka atau jumlah perbelanjaan tersebut.
 
Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).   Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Sudah tentu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri khalid ini  merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang sebelum ini telah mendakwa Xavier dan Halimah berbelanja lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.  Nasihat teman pada Dr Hasan Ali,… ikutlah jejak Saiful dan Datuk T !  Pegang Qur’an dan  bersumpahlah di masjid !!  Bukankah itu cara orang Umno atau penyokongnya membuktikan kebenaran ?

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan