Ahad, 25 Mac 2012

Bantuan banjir Najib : You help me, I help you

Kelmarin Perdana Menteri Dato’ Sri Najib menjengah kawasan yang mengalami banjir disekitar kawasan Hulu Langat dan Ampang. Baguslah, kerana Najib datang nak membantu mangsa banjir, tetapi yang kurang manisnya ialah Najib seolah-olah membantu dengan tidak ikhlas.

Lihatlah didalam gambar ini!. Keriangan Najib tepat sekali menggambarkan kebenaran kata-katanya selama ini,..iaitu  “I help you, you help me,  I give you, you give me”  Barangkali kalau Najib membantu barang-barang keperluan dapur seperti beras ,gula, dan tepung pun Najib akan melebelkan gambarnya di barang tersebut!!  Bersifat ikhlaskah pemimpin macam ini?

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan