Ahad, 18 Mac 2012

Isu Scorpene ke mahkamah Perancis

Sumber : RAKYAT MARHAEN

Saya secara peribadi menunggu begitu lama untuk mendengar kes yang dibawa ke mahkamah Perancis oleh SUARAM berhubung dengan isu Scorpene , 2 buah kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia 4 tahun yang lalu. Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM7.3 billion dari syarikat gergasi Perancis DCNS yang dikatakan telah membayar komisyen kepada orang-orang dan pemimpin tertinggi Malaysia.

Mengikut undang-undang Perancis membayar komisyen kepada pihak-pihak atau agen yang membeli peralatan pertahanan itu adalah salah dan haram dari segi undang-undang. Undang-undang dan etika nampaknya jauh berbeza diantara Perancis dengan Malaysia. 

Di Malaysia membayar dan menerima komisyen dalam sesuatu pembelian besar-besaran seperti, komisyen itu merupakan perkara biasa kerana rakyat Malaysia membiarkan perkara ini berlaku berluas-luasa. Malahan di Malaysia kalau pemimpin dan orang-orang yang berpengaruh tidak dapat komisyen, transaksi seperti pembelian peralatan pertahanan seperti ini tidak akan dapat dilakukan. Ia sudah menjadi budaya dan elemen komisyen itu adalah perkara yang wajib berlaku.

Akhirnya kes ini akan didengar dimahkamah Perancis setelah begitu lama tertangguh oleh kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Cynthia Gabriel, pengarah SUARAM telah menyatakan kelegaan beliau kerana akhirya kes ini akan dibicarakan dimahkamah di Perancis tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, orang ramai diminta bersabar menunggu sehingga SUARAM mengadakan sidang akhbar esok untuk mengetahui butiran lanjut tentang kes ini dan perbicaraan tentangnya di Paris tidak berapa lama lagi.
Isu Scopene ini telah menjadi isu hangat tidak berapa lama dahulu kerana pembelian kapal selam dari syarikat DCNS Perancis dilakukan semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan dan dalam jangkamasa yang sama beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Kes ini memang menjadi isu yang menjadi minat ramai kerana ini melibatkan wang rakyat yang berbillion-billion. Rakyat sudah letih mendengar isu wang rakyat yang dipergunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu tanpa merasa kesian terhadap rakyat dan negara serta generasi yang akan datang.

Kita tunggu sahaja sidang akhbar penting ini esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan