Dalam satu kenyataan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab menasihatkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar menyatakan pendirian terhadap tuduhan Datuk Nallakarupan yang mendakwa suaminya seorang biseksual. “Jangan jadi isteri tak bermaruah” kata Zabariah Wahab.
Menurut Zabariah Wahab lagi sebagai seorang isteri, Dr Wan Azizah tidak harus mendiamkan diri kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah keseluruhan maruah keluarganya sendiri. Nampaknya ketua Wanita Umno Pulau Pinang ini sangat berminat dengan cerita biseksual yang dicetuskan si kafir laknat Datuk Nallakarupan. Apa nak dihairankan, memang sudah menjadi tabiat Umno, Pemuda mahupun Wanitanya,.. suka sangat menjadi tong najis atau tong sampah sebagai tempat menyimpan segala cerita busuk yang bersifat finah ! justeru, ada baiknya Azizah jangan layan !
Musuh Pakatan Rakyat memang suka Azizah/Anwar melayan setiap tuduhan busuk yang dilemparkan : Kalau nak dikumpulkan segala macam tuduhan memang terlalu banyak,..Anwar rembat isteri orang, Anwar kaki betina, Anwar kaki pelacur, Anwar punca perpecahan, Anwar ejen Amerika, ejen Yahudi, ejen Israel dan macam-macam lagi. Terbaru,.. Anwar seorang biseksual ! Memang tuduhan ini tidak pelik ! kerana mereka mahu mengambarkan yang pemimpin kesayangan rakyat itu seratus kali lebih jahat dari pemimpin Umno.
Tetapi adakah semua tuduhan ini menjejaskan kredebiliti dan populariti Anwar dan Azizah?,.. Tidak sekali-kali, sebaliknya mereka semakin gah dan hebat! Kenapa? Kerana orang ramai bukan saja menyampah, malah dah naik loya mendengar cerita-cerita kotor yang tidak berasas itu. Musuh Azizah atau musuh Pakatan Rakyat khasnya Umno, memang suka Wan Azizah melayan setiap tuduhan yang dilemparkan. Sesungguhnya mereka ini merasa sedih dan berdukacita sekiranya Wan Azizah tidak memberi respon. Justeru sekali lagi dingatkan kepada Wan Azizah ! JANGAN LAYAN !!
Peringatan buat Ketua Wanita Pulau Pinang : Anda adalah lebih tidak bermaruah kerana sanggup menjadi lembu semata-mata mempertahankan Ketua anda yang yang jelas keluarganya menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250. Ada baiknya anda mendesak ketua anda meletak jawatan! Bukan mendesak Wan Azizah menjawab tuduhan rambang, palsu dan berniat jahat itu..
Oleh : rahimothman
Tak payah nak ajar Wan Azizahlah che Bedah oii..P ajar kat kak Mah hang tu macam mana nak jadi isteri yang bermaruah, menjaga nama baik suami.
BalasPadamSudah ditulis dalam Al Qurana...Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Sah dah memang Wan Azizah paling sesuai menjadi isteri bakal perdana menteri.