Apabila ditanya mana-mana pemimpin Umno sama ada mereka akan dicalunkan atau tidak pada PRU ke-13 yang akan datang ini, semuanya menjawab,….
“ Itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka,”
Ayat ini macam sudah dicetak dalam kepala pemimpin atau bakal-bakal calun Umno, namun di dalam hati mereka tak putus-putus berdoa agar mereka dipilih. Usaha untuk memikat hati presiden terus dilakukan, seperti berbuat baik kepada rakyat, tunjukkan keberanian menyerang parti lawan dan yang tak kurang penting juga ialah mengampu PM !!
Sejak dulu,.. beginilah rupa jawapannya, seolah-olah ia sudah termaktub di dalam perlembagaan Umno. Siapa pun yang dipilih presiden, rakyat mesti sokong. Kah!, kah, kah ! itu dulu, 15 tahun dulu. Waktu tu kalau batang pisang menjadi calun pun boleh menang,.. tapi kini zaman dah berubah!
Persoalan yang bermain di kepala kita,..
Apakah seorang Presiden Umno itu terlalu besar kuasanya dalam bab pemilihan calun? hinggakan mempunyai kuasa veto? Adakah sesiapa saja yang menjadi presiden Umno ia bersifat maksum? teramat baik perilakunya atau langsung tak ada cacat-celanya? Bukankah lebih baik soal memilih calun itu ditentukan oleh satu badan khas? Agaknya sebab itulah kebanyakan pemimpin Umno hari ini dilihat tidak bermoral !, rasuah, salahguna kuasa, menipu dan sebagainya.
Dulu, satu ketika, Mike Tyson (nama gelaran) bekas MB Selangor diberkas kerana melarikan wang berjuta ringgit ke Australia. Kemudian seorang lagi bekas MB Selangor, Khir Toyo didakwa kerana menyalahguna kuasa dalam pembelian hartanah. Kemudian seperti kita maklum seorang menteri kabinet didakwa menyalahguna kuasa bagi mendapatkan peruntukan ratusan juta ringgit untuk projek lembu fidlot.
Terbaru, Datuk Abdul Rahman Bakri, Ahli Parlimen Umno Sabak Bernam dilaporkan telah didenda oleh mahkamah kerana menipu atau membuat tuntutan palsu ! Banyak lagi kes sebenar, termasuk yang terlepas dan yang belum didakwa !! Orang Melayu sepatutnya sudah serik dengan gelagat buruk pemimpin Umno.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan