Jumaat, 2 Mac 2012

‘IBLIS’ PERNAH ISLAMKAN UMNO?

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
PERCAYAKAH anda bahawa Umno pernah memelihara `Iblis'?  Dan, paling ajaib `Iblis' ini wujud di dalam Umno hanya untuk memperbertulkan Umno agar kelihatan lebih Islamik walaupun tidak boleh disamakan dengan PAS yang darah dagingnya adalah Islam.

Aku masih ingat, sebelum `Iblis' ini masuk gerombolan Umno, Umno tiada banyak bezanya dengan MCA dan MIC cuma Umno untuk Melayu, itu sahaja.  Aspek agama Islam, bagaimana MCA dan MIC memandang Islam, begitulah otak-otak pemimpin Umno melihat Islam.  Hukum Islam pada mereka hanya berkisar soal haid, nifas dan nikah kahwin.  Sebab itu tidak pelik satu makhluk tua yang pernah menjadi pemimpin Umno dan pemimpin negara sehingga kini lidahnya fasih menghina hukum Allah.  Itu berkat terlalu lama berada di dalam parti yang wujud hasil dari kerja penjajah.

Umno hanya boleh dipuji sedikit (jika mahu puji) adalah sewaktu `Iblis' ini diimport menjadi ahli Umno.  Beliau tidak mengambil masa terlalu lama untuk naik menjadi pemimpin di dalam Umno dan kesemua jawatan di dalam Umno beliau tidak pernah naik hasil dari telunjuk pemimpin lain, ertikata naik dengan pengaruh orang lain.  Pak Lah naik jadi Presiden Umno dan PM kerana telunjuk orang tua yang rosak akidah bernama Mahathir Kutty.  Kemudian Najib juga naik kerana telunjuk Pak Lah.  Jawatan utama di dalam Umno mereka `faraid' sesama mereka, manakala yang di bawah menjadi `berok Pak Yeh'.

Manusia yang dianggap seperti `Iblis' oleh Nazri Aziz ini bernama Anwar Ibrahim dan beliau naik di dalam Umno adalah kerana kekuatan pengaruhnya.  Beliau bertanding Ketua Pemuda Umno menewaskan tokoh hebat bernama Suhaimi Kamarudin.  Bukan seperti Najib yang menang bertanding Ketua Pemuda Umno adalah kerana sokongan dan pengaruh dari Anwar Ibrahim juga waktu itu.  Begitu juga, hebatnya Ketua Wanita Umno waktu itu bernama Rafidah Aziz, beliau tumbang di tangan Siti Zaharah Sulaiman kerana Siti Zaharah disokong kuat oleh Anwar Ibrahim.  Bahkan, orang tua rosak akidah bernama Mahathir Kutty berjaya menang tipis ke atas Ku Li di dalam perebutan Presiden Umno juga adalah kerana kekuatan pengaruh Anwar berada bersamanya ditambah pula dengan tipu daya mamak bendahara itu.

Anwar berjaya `mengislamisasikan' Umno walaupun ketika itu beliau bermula hanya dengan jawatan Menteri biasa sehinggalah ke jawatan nombor dua tertinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri di mana kerja-kerja dan program berbentuk Islamik diteruskan oleh Anwar di dalam kerajaan.  Pada ketika itulah imej Umno berada di tahap tertinggi, manakala PAS agak sukar untuk berdepan dengan Umno kerana kerja-kerja Islamik yang dilakukan oleh Anwar di dalam Umno sedikit menyukarkan PAS untuk berkempen.  Benar, sepertikata Almarhum Us Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu bahawa konsep Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan oleh Anwar di dalam kerajaan hanyalah sekadar tempelan seumpama wanita memakai gincu di bibir, namun bagi Melayu ketika itu Anwar Ibrahim sedang cuba untuk memperbaiki Umno.

Universiti Islam, Bank Islam, Takaful dan beberapa sistem kewangan berunsurkan Islam diperkenalkan di dalam kerajaan adalah dari idea Anwar Ibrahim.  Sistem pendidikan yang menekankan moral dan akhlak, pelajar lelaki memakai seluar panjang, pelajar perempuan pula berbaju kurung dan bertudung adalah hasil dari Anwar sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran.  Kakitangan pejabat kerajaan ditetapkan seminggu sekali mengadakan majlis tazkirah di jabatan masing-masing juga adalah di antara program yang dibentuk oleh Anwar.  Beliau juga tampil mendahului sejarah pemimpin utama di dalam Umno yang mampu menjadi Imam Solat dan membaca Khutbah kemudiannya baru lah Pak Lah sewaktu Pak Lah menjadi PM.  Sejarah Umno tidak pernah mencatatkan Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, jauh sekali Mahathir Kutty kerana Mahathir adalah tokoh utama di dalam sejarah Umno yang paling kuat menentang hukum Allah sehingga kini.   

Namun, oleh kerana sejak azali lagi Umno memang dilahirkan bukan untuk perjuangan Islam, maka kemasukan Anwar ke dalam Umno tidak menjadikan Umno itu Islam.  Walaupun beberapa usaha Anwar untuk memperbaiki Umno agar lebih Islamik disokong kuat oleh ahli-ahli Umno di akar umbi, tetapi Umno hakikatnya amat anti kepada tokoh Islamik.  Siapa tokoh Islamik yang boleh berjaya di dalam Umno?  Us Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS memasuki Umno hanya layak menjadi tukang baca doa makan.  Begitu juga bekas Imam Masjid Negara, us Firdaus yang sekarang mungkin kembali menjadi Imam kampong.  Jamil Khir pula sibuk mendirikan mahligainya di samping belasah duit zakat.  

Akhirnya Anwar menerima kifarah' apabila dipecat dari Umno dan kerajaan.  Bahkan, beliau difitnah dan dizalimi oleh puak-puak yang tidak mahu Islam itu berkembang.  Hikmahnya, Anwar Ibrahim seorang tokoh Islam kini boleh mengenali siapa Umno sebenarnya.  Beliau sedar beliau telah tersasar sewaktu memilih Umno dahulu, justeru itu beliau kini berusaha sedaya upaya untuk menebus kembali kesilapannya yang lalu. 

Kini, Anwar bersama kita.  Tidak hairanlah sekarang ini Umno cuba untuk mengungkit kembali sejarah lampau Anwar ketika berada di pihak Jahiliyyah dahulu.  Kita tidak lagi memandang sejarah lampau Anwar, kerana Khalifah Islam bernama Omar Al-Khatab yang dijanjikan Syurga oleh Nabi itu juga lebih hebat sejarah lampaunya dari Anwar.  Allah memandang manusia di akhir usianya, bukan di awal usianya.  Apatah lagi Nazri Aziz yang menggelar Anwar seumpama `Iblis', apakah jasa Nazri Aziz terhadap Islam?  Lihat sahaja akhlak keluarga beliau kita akan tahu sikap Nazri Aziz dan Mahathir terhadap Islam tidak banyak bezanya./wfauzdin.blogspot.com
WFAUZDIN NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan