Ahad, 31 Mac 2013

“Senator longkang” ini seorang “pakar video”?



Mari kita lihat dan nilai apa kata Datuk Nallakarupan (musuh Anwar) dalam sidang akhbar di pejabatnya bagi mengulas tindakan saman Anwar ke atas 'Papa Gomo' bernilai RM100 juta.  Untuk makluman Nallakaruppan juga sedang  menghadapi tindakan saman RM100 juta oleh Anwar ekoran dari  kenyataan terbuka “senator longkang”  itu yang mendakwa Anwar merupakan seorang pengamal biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin.


Jumaat, 29 Mac 2013

Niat bunuh Mahathir : realiti atau sandiwara?


Individu bernama Zainon Ismail ini mendakwa pernah menjadi ahli Pas seumur hidup.  Itu dulu,, sekarang ini mungkin sebagai ahli Umno seumur hidup kut!?,,,  tidak mustahil kalau beliau sudah menjadi orang kuat Umno.  Paling tidak sebagai pencacai atau penyokong tegar parti cap keris telanjang itu.          
Menurutnya, Amanat Haji Hadi lah yang menjadi punca beliau memasang niat hendak membunuh Tun Dr Mahathir hampir 30 tahun lalu.   Isy, isy,  isy !!  kalau diri beliau  sebagai orang bawah sudah ada niat nak bunuh Mahathir, agaknya Haji Hadi tentu lebih dari niat.  Tetapi syukur !  Mahathir masih hidup,, masih sihat !  Haji Hadi,  bahkan mana-mana pemimpin PAS pun tidaklah  seburuk yang didakwa oleh musuh-musuhnya, terutama Umno. 
Kelmarin isu nak bunuh Mahathir ini dipanaskan semula apabila Zainon Ismail mewar-warkan mahu berjumpa Tun Mahathir untuk meminta maaf diatas keterlanjuran niatnya itu.  Kah, kah ! kah !!    Kenapa tiba-tiba saja isu lapok ini disebut kembali?  Kenapa setelah hampir 30 tahun baru sekarang  nak minta maaf dengan Mahathir? Jawapannya semua orang sudah faham! !    Dalam keghairahan menunggu saat-saat PRU 13 yang semakin dekat ini sudah tentu pencacai-pencacai Umno tak lepas peluang !   Mereka akan bertindak dan bercakap yang baik-baik tentang Umno dan pemimpin Umno,, Puji dan ampu sudah menjadi lumrah. Apabila lukah sudah dipasang dipergentingan,,tunggu sajalah!   Kalau bernasib baik  adalah habuan menunggu. Kalau tak dapat banyak, dapat tempias pun jadilah!  -  rahimothman


Khamis, 28 Mac 2013

Nyanyuk dan merapu seorang pemimpin tua !

“Pembangkang tidak berminat memerintah negara demi rakyat tetapi hanya mahu menjadi pemerintah demi memenuhi 'nafsu' segelintir pemimpin politik mereka.  Pembangkang hanya berminat memporak-perandakan negara supaya agenda ke Putrajaya tercapai.   Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita.  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  tiada pelan jangka panjang,,,, hanya 'gila' mahu ke Putrajaya. Jangan lupa dengan rekod moralnya,"       Demikian petikan ucapan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim di hadapan lebih 300 penduduk Taman Sri Keramat Tengah dalam sesi ceramah bertema  :  Lahad Datu -  Negara Terjajah dan Rakyat Tergadai  di sini malam kelmarin.
 
Ish,  ish,  ish !!.. cakap-cakap bekas pemimpin DAP berbangsa Melayu  ini sibijik macam cakap orang Umno,, langsung tak ada kualiti,, balik-balik cakap pasal huru-hara!, gila kuasa ! moral Anwar. Rakyat dah muak dengan cerita lapok yang membosankan dan tak masuk akal ini.  Kesiannnya teman dengan majlis ceramah DAP ini. ,, sudahlah kehadiran tetamu boleh dibilang dengan jari,.. isi ucapan pula ibarat hidangan yang dah basi !    Hanya manusia-manusia bengap dan buta politik saja yang mungkin boleh menerima ucapan bodoh dari bekas pemimpin DAP yang sudah mamasuki alam nyanyuk itu.  -  rahimothman