Selasa, 22 Mac 2011

10 SEBAB MENGAPA VIDEO SEKS MAHU DIEDARKAN


Ini sebab-sebabnya kenapa video seks lucah dibuat dan dipertontonkan kepada para wartawan, diberi liputan meluas oleh RTM, TV3 dan seluruh media cetak,….

1.    Pihak berkenaan yang berhati busuk ingin memalukan DS Anuar, isteri dan seluruh keluarganya, Alhamdulillah Allah masih melindunginya!!
2.    Pihak berkenaan mahu menjatuhkan imej DS Anuar dan PKR dan kalau boleh parti PKR mahu dikuburkan!
3.    Pihak berkenaan mahu menghancurkan harapan dan kepercayaan penyokong-penyokong Anuar dan Parti Keadilan Rakyat
4.    Pihak berkenaan mahu menarik seramai mungkin orang Melayu khasnya penyokong-penyokong Anuar supaya beralih sokongan kepada Umno
5.    Pihak berkenaan merasa marah dan dengki yang amat sangat kerana DS Anuar telah berjaya membentuk barisan pembangkang yang terkuat dalam sejarah.
6.    Pihak berkenaan mahu mencuba taktik baru setelah cubaan pertama dan kedua dalam “Kes Fitnah Liwat”  menemui kegagalan!
7.    Pihak berkenaan mahu menutup isu-isu panas seperti rasuah dan salahguna kuasa  yang melibatkan PM Najib dan Ketua Menteri Sarawak
8.    Pihak berkenaan mahu mengajak rakyat hanya berfikir tentang moral Anuar,  dan dalam masa yang sama melupakan KENAIKAN HARGA PETROL dan barang-barang keperluan harian yang disebabkan ketidakupayaan BN mentadbir kerajaan.
9.    Pihak berkenaan seperti biasa mahu melaksanakan tanggung jawabnya – dimana setiap kali pilihanraya nak hampir,… Cerita kotor dan jijik ini tak boleh tidak mesti diketengahkan.
10. Pihak berkenaan membuat kerja finah ini supaya jika Anuar dan PKR jatuh maka mereka percaya seluruh PAKATAN RAKYAT akan turut tumbang.

Semoga seluruh rakyat Malaysia tak kira Melayu Cina India dan lain-lain berkifir sejenak dua jenak!  Wajarkah?  Lojikkah?  Masih relevankah isu-isu kotor begini dimainkan!!??

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan