Isnin, 21 Mac 2011

CUKUP LAH TAIB !!

Rambut dah beruban penuh! Kulit dah berkedut!  Sendi lutut dah longgar! Tunggu apa lagi?  Teman minta sangat-sangat pada Tok Uban ni !  Berundurlah!  Turunlah! Berilah  orang lain pula peluang !.   Jangan sampai rakyat menarik kaki kebawah lalu  tersungkur!! Kan malu nanti? 
 
Bumi Sarawak bukan kamu yang punya!.  Kerajaan Sarawak bukan milik keluarga dan kerabatmu! Bukan juga milik sahabat dan kroni!!.  Rakyat Sarawak yang lain juga berhak menjadi pemerintah !  Rakyat Sarawak yang lain juga berhak membentuk kerajaan!!... Masih tak cukupkah 30 tahun yang kamu kuasai?


Cukuplah tu Taib!  Bersaralah! Berilah peluang kepada orang lain pula. Juga berilah peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka dengan aman tanpa diganggu gugat. Kalau SPRM mendapati anda mengumpul harta dengan jalan bersih maka anda tak perlu risau!  Tetapi kalau sebaliknya!  hemm !!,  faham-fahamlah!

Ayuh rakyat Sarawak!……bangkitlah!!. Zaman rejim Taib Mahmud mengumpul kekayaan   untuk keluarga dan kroni perlu ditamatkan! Gunakan kuasa anda untuk buat perubahan dalam pilihanraya yang kian hampir ini!!.. Rakyat Sarawak sudah terlalu jauh ketinggalan dalam pembangunan! 

Bila lagi nak sedar!,  bila lagi nak berubah?   Seharusnya rakyat Sarawak hari ini sudah menikmati kemajuan sebagaimana yang berlaku di Semenanjung!!  Bukan seperti apa yang ada sekarang, ketinggalan 20 tahun!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan