Rabu, 23 Mac 2011

SIASAT ! SIAPA SEBENARNYA DATUK T ? : isu video seks


*Siasat dan dakwa  editor-editor akhbar dan wakil media kerana kesalahan menonton video lucah.  Siasat juga pihak pengurusan Seri Carcosa ..
 
Isu  rakaman video seks yang hebuh diperkatakan hari ini sememangnya amat jelik,  memalu dan memualkan. Ini satu lagi kerja jahat oleh satu Konspirasi. Rasanya tidaklah begitu susah untuk meneka siapa yang terlibat!  Sasaran yang hendak dimalukan siapa lagi !!.   kalau tidak DS Anuar Ibrahim. Dan belum pun apa-apa lagi,  Anuar sudah diaibkan ! dituduh beliau terlibat dengan video seks tersebut!!... 

Memang!  Begitulah resam rakyat Malaysia ini,.. terutama pemimpin dan penyokong pure Umno. Akhbar dan media pula turut berebut-rebut menyiar dan mewar-warkan berita dan cerita yang besar kemungkinannya palsu itu. Palsu atau tidak itu tak penting!,  Yang penting Anuar mesti dimalukan!!

Orang ramai masih kabur siapa sebenarnya Datuk T ini. Apakah beliau benar-benar seorang datuk? seorang ahli politik? atau seorang ahli perniagaan?  Apa tujuan mereka menghebuhkan berita penemuan video seks lucah tersebut?  Apakah mereka benar-benar telah menjumpai video lucah itu disebuah hotel? Atau hanya lakunan untuk menyelamatkan diri? Apa tujuan mereka  menayangkan video seks itu kepada editor akhbar dan wakil media? Mengapa mereka  dengan tegas dan berani memberi amaran atau mengugut  ketua pembangkang DS Anuar Ibrahim dan isteri yang didakwanya terlibat dengan adegan video seks itu, agar meletak jawatan atau berundur dari politik?  Amat jelas sekali !  semua ini ada motif politik!!

Makhluk pelik bergelar Datuk T ini wajar sekali di siasat dan didakwa!!  Harap pihak polis tak pilih bulu,  Datuk ke!,  Datuk Seri ke!  Tan Seri ke!  Siasat tetap siasat!,.. siasat dengan telus!  Berikut adalah kesalahan-kesalahan datuk T,…

1.    Terlibat dengan jenayah – mencuri kamera cctv dari sebuah hotel.
2.    Membuat tayangan video seks dikhalayak
3.    Dengan sengaja dan niat mengugut DS Anuar dan isteri agar meletak jawatan.
4.    Dengan sengaja dan niat memalukan Ketua Pembangkan DS Anuar dan keluarga.

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan