Dua tiga hari ini akhbar dan media elektronik begitu ghairah sekali menyiarkan berita bekas menteri dari MCA ini diheret ke mahkamah berhubung isu PKFZ. Sebelum ini seorang lagi bekas pemimpin MCA, Dr.Ling Liong Sik telah didakwa dan kesnya masih dalam siasatan. Dikatakan juga ada pemimpin Umno yang terlibat! Bila pula agaknya mereka ini akan diheret ke mahkamah?
Tidak mustahil, adegan penangkapan terbaru ini hanya satu episod drama! atau lakunan semata-mata!. Dekat-dekat nak pilihanraya umum ini, adegan-adegan sebegini perlu dipertontonkan kepada rakyat supaya rakyat berfikir bahawa kerajaan benar-benar mahu membenteras rasuah!!. Kerajaan mahu dilihat telus! dan bertanggungjawab. Benarkah begitu?..
Tetapi yang pasti kes ini akan ditangguh! ditangguh! dan terus ditangguh. Tiga empat tahun lagi pun kes ini belum tentu setel. Last-last habuk pun tarak! Semuanya terlepas! Mereka yang didakwa ini sebenarnya tak perlu risau! Selagi mereka adalah pemimpin Umno MCA atau mana sekutu BN, mereka akan selamat!. Sejarah pernah membuktikan !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan