Harap kerajaan dapat berterus terang perkara ini! Jangan bermain silap mata atau cuba mengelirukan rakyat! Adakah kerajaan bertindak berlandaskan undang-undang atau sebaliknya. Perlukah rakyat membayar saman trafik yang sesetengahnya tidak jelas, tidak pasti dan tidak valid?.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar pihak polis berhak mendakwa pemandu yang disaman kemahkamah! tetapi mereka tidak berhak menyenarai hitamkan pemandu yang enggan membayar saman. Blacklist hanya boleh dikeluarkan oleh JPJ, itu pun setelah melalui beberapa prosuder.
Saman ekor yang dikeluarkan oleh polis selama ini adalah tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan/ peraturan.
Katanyanya lagi, sebab itulah saman tertunggak berjumlah 15 juta semenjak tahun 2001 tidak pernah dibawa kemahkamah hingga hari ini..
Pindaan undang-undang peraturan jalanraya sebenarnya baru saja dibuat pada 22 Disember 2010 yang lalu dan berkuatkuasa 1/2/2011. Ini bermakna semua saman yang yang dikeluarkan oleh pihak polis sebelum pindaan adalah tidak sah dan ia perlu dibatalkankan. Sehuhungan itu andainya kerajaan teringin sangat hendak memberi saman biarlah selepas pindaan itu berkuatkuasa, iaitu 1/2/2011
Peraturan terdahulu, sebenarnya langsung tidak menyebut bahawa keperluan rakaman bergambar boleh dijadikan bahan bukti dalam kes kesalahan lalu lintas.
Oleh : rahimothman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan