Jumaat, 25 Mac 2011

Video seks : SIAPA PENGARAH! SIAPA PENERBIT?

Takut sangat mereka dengan Anuar. Lepas satu! satu! cerita kotor yang memual  dan tak lojik ditimbulkan!!  Kali ini Anuar dikatakan berlakun sebagai hero filem lucah!! Mereka cuba meyakinkan Datuk Johari Abdul..
Mustahil !! cerita dan babak dalam video itu yang ternyata palsu  cuba hendak diaslikan ! masyaAllah,..

Setelah rahsia sebenar terbongkar, rasanya tak salah kalau orang ramai membuat beberapa andaian,…Misalnya pembikinan video seks ini boleh jadi Bekas KM Melaka sebagai Penerbitnya,  Datuk Shazryl sebagai Pengarah,  dan Datuk Shuib sebagai penulis skrip!

PM dan bekas PM besar kemungkinan sebagai Penaung dan Penasihat, manakala wanita DARA TERLAJAK itu pula mungkin salah seorang pegawai Promosi filem/video,  sebab menurut katanya video membabitkan DS Anuar itu bukan satu tetapi ada 18 lagi! .Orang ramai tentu tak sabar melihat sidara tua ini membuktikan kata-katanya! Atau kita terpaksa tunggu 12 tahun lagi untuk mendengar cerita yang sama,  tetapi waktu itu mungkin jumlah video seks Anuar sudah jadi 36.!!              

Tahniah Datuk Johari Abdul (AP Sungai Petani) kerana dengan tegas dan berani telah membuat pendedahan!  Kebenaran tetap kebenaran!  Ia tak boleh ditipu atau dilindungi!! Allah maha mendengar, Allah maha mengetahui. Allah maha adil dan maha melihat!. 

Maka dengan pertolongan Allah juga . Datuk Johari  telah berjaya membongkar satu rahsia penting tetapi busuk tentang pemimpin Umno. Mereka mempelawa Datuk Johari menonton video berkenaan,  tetapi Allah telah membutakan mata mereka.  Niat mereka untuk memancing rupa-rupanya tersalah umpan !!
Semoga mereka ini diheret kemuka pengadilan !!

oleh : rahimothman

2 ulasan:

  1. Salam,

    Pengarah konspirasi perlu menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

    Rakyat memerlukan pembelaan dan pembangunan yang berterusan, bukannya konspirator yang tidak berkesudahan.

    BalasPadam
  2. betul, rakyat dah benci betul dengan permainan bodoh seperti memfitnah.

    rakyat yang vokal sikit mereka akan membantah secara tulisan, lisan,dan perbualan. bagi mereka yang pendiam seperti sesetengah rakan yang lain mereka mengatakan tunggu pru 13.

    BalasPadam