Isnin, 7 Mac 2011

CERMIN DIRI DULU SEBELUM KUTUK ULAMAK !!


….“Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya” – Farahhana Jamaludin

Siapa Minah ni sebenarnya?. Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ?
Apa dia Jaringan Melayu Malaysia tu?  Apa tugas dan peranannya? Apakah ia sebuah Badan Amal?  Badan Sosial?  Badan Politik?  Badan NGO atau Badan Anti Agama?

Apa-apa pun,.. adalah amat kurang wajar / biadap apabila beliau membuat kenyataan atau tuduhan yang jahat lagi melulu terhadap Nik Aziz.  Mana mungkin Tuan Guru Nik Aziz seorang ahli politik yang berjawatan Menteri Besar, juga seorang  tokoh ulamak yang disegani,  sama dengan Ayah Pin pengamal ajaran sesat yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Si Minah ni tak layak membuat tuduhan sebegitu. Cerminlah diri tu dulu!!  sebelum berkata! Fikir  habis-habis dengan akal yang waras.  Dan yang paling penting,  jangan lupa fikirkan kemana halatuju badan yang kamu sedang terajui sekarang ni. Boleh jadi kamu dan juga pengikut-pengikut kamu  jauh lebih sesat dari kumpulan Ayah Pin!!

Oleh : rahimothman

 

Isnin, Mac 07, 2011

 Wajib minta maaf samakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin - Mufti

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.

"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.
Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan