Ahad, 13 Mac 2011

MAHATHIR MAHU DIRINYA DISANJUNG KEMBALI!!


Zaman Mahathir dah berlalu, yang baik dan yang buruk hanya jadi kenangan dan   tinggal dalam  lipatan sejarah... 


Betapa banyak sekali pun kebaikan, tetapi keburukan mantan perdana menteri ini tetap menghantui dan tak mudah dilupakan oleh rakyat.  Untuk memulihkan imej. maka Mahathir telah cuba mengambil banyak langkah, … antaranya menulis buku ini “Memoir Doktor Dalam Rumah” 

Seperti telah diduga,  sebaik sahaja naskah “Memoir Doktor Dalam Rumah” ini dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan oleh Mahathir.


Apa yang jelas memoir DrM ini kurang berkreadibiliti dan tidak berintegriti.  Kalau Mahathir teman  anggap sebagai penulis nyanyuk, maka izinkan teman membuat sedikit komen yang lebih baik sikit dari orang nyanyuk!.  Komen teman,…. buku hasil tulisan Mahathir ini ibarat penulisan sebuah cerpen saja.  Beliau bebas menceritakan apa saja pengalaman hidupnya dengan penuh perasaan dan imeginasi yang ditokok tambah, walaupun  pembaca tak mungkin boleh mempercayai sepenuhnya! 

 

Tak kisah lah,  itu hak dia. Tapi untuk mengangkat dan bermegah dengan tulisannya,  ia sesuatu yang kurang wajar!,… sebab?  Semasa sihat dan berkuasa dulu pun beliau sering membuat kenyataan-kenyataan yang songsang! Apalagi bila Mahathir menulis diusia senja begini mesti ada cerita yang bersifat nyanyuk dan merepek.

 

 Boleh lah kita kata Mahathir menulis kali ini ikut syok sendiri dengan mengharapkan pembaca atau rakyat Malaysia percaya dengan ceritanya walhal sebahagian dari ceritanya merapu dan mengarut.  Banyak ceritanya berupa andaian dan tidak berfakta.  Kalau menulis dalam khayalan siapa pun boleh tulis!!

 

Apa tujuan Mahathir  menulis “memoir Doktor Dalam Rumah” ini sebenarnya? Jawapannya cukup mudah! Sudah pasti beliau mahu memulihkan kredebilitinya yang sudah lama hilang. Sudah pasti beliau ingin menaikkan kembali moral dan imejnya  yang telah rosak teruk, lebih-lebih lagi selepas peristiwa beliau memfitnah dan memecat DS Anuar pada 1998. 

 

Sekarang ini sepatutnya Mahathir  sudah insaf perbuatannya membuat fitnah liwat terhadap Anuar 13 tahun dulu. Ya! satu fitnah yang paling agong dekad ini yang pernah dibuatnya!  Tetapi nampaknya Mahathir belum insaf!! Beliau mengajak pembaca mengimbau kembali kes fitnah liwat 1998. Beliau sebolehnya-bolehnya mahukan rakyat Malaysia percaya bahawa DS Anuar adalah kaki liwat. Berbuih mulutnya bercakap bahawa beliau ada cukup bukti,.. tetapi bila dipanggil untuk menjadi saksi kes beliau menolak!  Cis ! apa punya manusia ni!

Kalau sesiapa teringin sangat  nak baca buku ini ,  bacalah!  Tapi anggaplah ia seperti membaca buku cerita penglipur lara zaman dulu-dulu – seperti kisah Pak Pandir atau Pak Kadok atau Lebai Malang!!


Oleh : rahimothman



http://wargamarhaen.blogspot.com/

'Doktor Dalam Rumah': Memoir Propaganda, Tidak Layak Dirujuk Kerana Ia Fitnah Terlampau Mahafiraun..!!!


Memoir 'Doktor Dalam Rumah' nukilan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dipenuhi dengan fakta- fakta yang tidak betul dan dihasilkan hanya untuk memulihkan kreadibilitinya yang terhakis teruk semasa pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Dr Mahathir menulis apa yang mahu ditulis sahaja dan tidak menulis apa yang sepatutnya ditulis.
"Memoir Mahathir ini bukan sekadar memoir, ia adalah agenda politik untuk memulihkan integriti beliau yang telah hancur dalam gerakan reformasi tahun 1998," ujar Boon Chye.

"Ini bukan memoir yang kredibiliti, sebab ada fakta- fakta yang tidak betul. Ada perkara yang beliau sebut bukan fakta tetapi perkara yang disebut untuk kepentingan politik," katanya.

Beliau berkata, jika dilihat amalam tokoh politik di luar negara, mereka akan menubuhkan satu pasukan bagi menyelidik dan mengesahkan kesahihan dan kebenaran setiap apa yang ditulis. Ia bagi memastikan hasil naskah memoir itu berkreadibiliti dan berintegriti.

"Kalau kita lihat memo yang ditulis oleh ahli politik diluar negara, bukan setakat seseorang itu menulis apa yang patut ditulis, tetapi ada satu pasukan yang ditubuhkan bagi menyelidik dan mengesahkan apa yang dicakap itu betul," katanya lagi.
Sebaik sahaja naskah memoir Doktor Dalam Rumah dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan Mahathir. Malangnya banyak yang ditulis adalah tidak betul faktanya. contohnya kes dsai dan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri singgapura, Lee Kwan Yuew. Begitu juga dengan akta ISA.

Terdahulu, dakwaan Mahathir berhubung Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks, dibidas pelbagai pihak. "Dua daripada mereka enggan mengadakan hubungan seks, tetapi yang dua lagi bersetuju.
Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," dakwa Mahathir.

Mahathir berkata bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks, manakala 2 lagi bersetuju. Namun mahathir berkata, beliau berkeras enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan.  Dakwaan liar itu disusuli dengan penafian Anwar yang menyifatkan tuduhan Mahathir itu dibuat semata- mata mahu menutup penyelewengan yang dilakukannya semasa memegang tampuk pemerintahannya.

Pandangan Anwar turut disokong Lee, yang menyifatkan memoir Mahathir ini tidak lebih dari sekadar propaganda semata- mata.   "Ini bukan satu bahan yang boleh dirujuk sebagai bahan sejarah tetapi sekadar propaganda mahathir," tambahnya lagi.

RAKYAT MARHAEN

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan