Selasa, 8 Mac 2011

LAKUNAN UMNO MUDAH DIDUGA!!

Inilah resam UMNO, tak habis-habis nak menipu.  Bagi PAS ia tidak mengejutkan !!   ia satu pengajaran yang berguna.      

Mudah-mudahan lakunan dan penipuan yang dilakukan oleh Muzamil Mualip yang bertujuan untuk memalukan Tuan Haji Hadi selaku Presiden Pas akan mendapat pembalasan dari Allah!!
Gambar - Muzamil Mualip,bekas ketua Umno yang juga pengasas Umno Jengka 25 
sedang menyerahkan borang  menyertai PAS

kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.
Tidak menghairankan !  tidak mengejutkan ! Kerja-kerja begini memang sudah menjadi kebiasaan ahli-ahli Umno.
 

Mengapa ahli Umno ini masuk Pas,  kemudian selepas 2 hari keluar balik dan masuk Umno ? Penulis berpendapat puncanya mungkin dari 3 sebab dan  Si Mamat ni cuba melakukan satu perjudian!!  Ini dia 3 sebab tu,...

1.    Sudah bosan dengan Umno dan memang sudah merancang untuk menjadi ahli Pas. ATAU
2.    Memang sudah berniat untuk melakunkan babak ini bertujuan mengharapkan sesuatu dari Umno. Dengan bahasa mudahnya cuba test market.  ATAU
3.    Diperingkat awal mungkin beliau benar-benar hendak menjadi ahli Pas, tetapi ditewaskan oleh habuan yang besar dari Umno. Iman orang Umno biasa lah!, mudah lunyai !,   hanya setegap pokok pisang berbanding iman orang Pas,...kuat dan tegap macam pokok kelapa.

Alasan di nombor 2 dan 3 cukup relevan

Jadi adalah tidak menghairankan,  jauh sekali mengejutkan!!  apabila melihat gelagat Umno berpaling tadah. Sepuluh kali berpaling tadah pun itu perkara biasa!!  Untuk menjayakan babak-babak lakunan begini cukup mudah. Mahathir dah banyak kali buat,  termasuk babak menangisnya semasa perhimpunan agong Umno beberapa tahun dulu.

Dalam kes Muzamil masuk Umno semula ini,  Pas tak rugi satu sen pun,  malahan beruntung kerana tidak memiliki ahli yang lembik tak berpendirian,..macam lalang!. Syukur!  penyakit dah keluar awal-awal.
Memikirkan perut lebih penting dari prinsip perjuangan! –  tiada dalam kamus hidup seorang ahli Pas!  Belum ada dalam sejarah,  ahli Pas boleh dijual-beli,  melainkan jika ahli Pas itu keluar dari Pas.

Oleh : rahimothman


            

Tuesday, March 8, 2011                                                                                                   Mahathir meneruskan Fitnahnya.. err..bila nak taubat ni? 

Kemenangan "awal" Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini tentunya suram dengan satu lagi pusingan serangan peribadi Tun Mahathir Mohamad terhadap mantan timbalannya, kali ini menerusi buku autobiografinya.

Anwar pagi tadi berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak beberapa bahan bukti yang diperolehi oleh polis secara tipu helah namun kini berdepan dengan asakan fitnah Mahathir menerusi buku berjudul "Doktor Dalam Rumah."
Oleh kerana didokong oleh Umno-Barisan Nasional dan seluruh jentera kerajaan, Mahathir merasakan beliau masih mempunyai hak mutlak membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Anwar walaupun bukan lagi menjadi Perdana Menteri.

Segala percubaan Anwar untuk mempertahankan dirinya di mahkamah daripada serangan-serangan Mahathir sebelum ini tidak berhasil kerana ia berkait dengan tahap kewibawaan sistem kehakiman negara ketika ini.
Dalam membuat tuduhan-tuduhan liar menerusi buku "Doktor di dalam rumah" Mahathir hanya mendedahkan sifat semula jadinya untuk berbohong apabila perlu demi melindungi kredibilitinya sendiri.

Ramai tentunya masih ingat bahawa setelah membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar pada tahun 1998, Mahathir enggan hadir di mahkamah apabila diberi peluang penuh untuk memberi keterangan pada perbicaraan pertama Anwar.  Beliau menggunakan segala pengaruh dan kuasa selaku Perdana Menteri untuk mengelak daripada memberi keterangan atau disoal balas oleh peguam Anwar ketika itu.

Jika Mahathir hadir di mahkamah untuk mempertahankan tuduhan-tuduhannya, seluruh masyarakat - di dalam dan luar negara tentunya akan "tabik" dengan ketelusan beliau.  Sebaliknya beliau memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah dan meneruskannya walaupun setelah Anwar dihumban dalam penjara ketika itu.  Hari ini, walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tabiat buruk berbohong susah dikikis oleh Tun.

Sudah tentu tuduhan-tuduhan terbaru beliau akan didokong oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang, kerana walaupun diaibkan dan dihina dengan pelbagai cara, Anwar masih menjadi saingan politik utama kepada Umno.
Di Johor, polis digunakan untuk melarang Anwar daripada berceramah baru-baru ini. Di PRK Kerdau baru-baru ini, kereta Anwar di serang oleh samseng upahan Umno.

Malah parti itu terpaksa mengitar semula hikayat-hikayat lama berupa fitnah menerusi Umi Hafilda yang secara kebetulan mengisytiharkan dirinya peminat no 1 Mahathir.
Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku nukilannya kali ini memang pedas dan mengaibkan Anwar serta keluarga termasuk anak-anak beliau.  Namun hakikatnya ialah, Mahathir memecat Anwar bukan kerana isu "moral" tetapi kerana bimbang hayat politiknya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tercabar oleh kemaraan politik Anwar.

Mereka yang arif dengan politik Umno tentunya tahu latar belakang kebimbangan Mahathir pada tahun 1998 susulan kejatuhan Presiden Suharto selepas memerintah Indonesia secara autokratik selama 32 tahun.
Maka bermulalah komplot untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan menghinakan supaya beliau ditolak oleh kaum Melayu yang menjadi tunggak Umno.
 
TVS
 

                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan