Khamis, 10 Mac 2011

MAHATHIR BUKAN MELAYU SEBENAR ?!!

“Melayu mudah lupa”,… begitulah ungkapan keramat yang terbit dari mulut dan pemikiran Tun Dr Mahathir…
Barangkali Mahathir sanggup berkata demikian, kerana beliau sedar yang beliau bukan dari darah keturunan Melayu atau bukan Melayu sebenar!
Menurut satu kenyataan dalam buku autobiografi karangan Mahathir sendiri, beliau  mengaku  beliau  berasal dari darah keturunan India!.  Bab darah keturunan itu memang satu Malaysia dah sedia maklum, cuma yang kita belum dengar sebelum ini ialah pengakuan! ,  sehinggalah terbitnya  buku tersebut. 

Kalau benar,   Mahathir bukan Melayu sebenar maka memang tidak hairan apa yang beliau telah buat selama ini kepada bangsa Melayu. Siapa menarik dan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?  Siapa menggadai atau menghakis tanah-tanah rizab Melayu atas alasan pembangunan?  Siapa yang bersungguh mahu mendaulatkan bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama menganaktirikan bahasa Melayu?  Siapa pembuat dan penyebar fitnah sesama pemimpin Islam sehingga saudara seislamnya sendiri disumbat kedalam penjara?  Semuanya sudah terjawab.

Tak ada gunanya kita bermegah dengan gelaran “bapa pemodenan” yang diberikan kepada insan bernama Mahathir ini  setelah  maruah bangsa Melayu digadaikan!  Tak ada gunanya kita berbangga dengan Malaysia moden ciptaan Mahathir andainya martabat agama Islam diperlekeh olehnya!!

“Ketuanan Melayu”  yang diperjuangkan oleh Mahathir selama ini sebenarnya ia seperti permainan wayang kulit atau pertunjukan silap mata yang bertujuan untuk mengabui mata orang Melayu. Semuanya yang berkaitan dengan kepentingan bangsa Melayu hari ini,  kian pudar!  dan kian lesu! akibat tangan Mahathir dan kini diwarisi oleh Najib pula!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan