Politik Umno, hari demi hari bertambah kotor. Ini terbukti dengan kes terbaru dimana tiga individu dari parti Umno, seorang darinya bekas Ketua Menteri, telah terlibat dengan kes penayangan video lucah dikhalayak ramai khasnya kepada editor-editor akhbar dan wakil-wakil media.pada Isnin 21 Mac lalu!! Nampaknya mereka telah melampaui undang-undang. Pasti ada orang besar dibelakang mereka !! kalau tidak, takkan mereka begitu berani. Dan untuk kita meneka siapa DALANG nya tidaklah begitu sukar!!
Jelas, tujuan mereka ialah untuk memalukan Ketua Pembangkang di Parlimen DS Anuar Ibrahim. Dalam masa yang sama mereka mengugut DS Anuar dan isteri agar meletak jawatan atau berundur dari politik!! . Perbuatan mereka ini sah melanggar undang-undang. Alasan mereka hendak menegakkan kebenaran dan mengesahkan bukti bahawa Anuar adalah pelakun dalam video itu tak kena cara dan tak kena tempat !! Mereka memperbodoh dan memerangkap diri sendiri. Besar sangat mereka? Siapa diri mereka untuk mengatasi undang-undang??
Justeru itu adalah amat wajar gelaran datuk yang disandang oleh mereka digugurkan atau ditarik balik. Perbuatan mereka merupakan satu penghinaan keatas gelaran datuk! . Amat memalukan seorang yang bergelar datuk membuat kerja kotor sebegini!!. Ia satu kesalahan jenayah. Mana mungkin seorang bergelar datuk terlibat dengan jenayah!!
Antara digugur gelaran datuk dengan masuk penjara, agak-agaknya yang mana mereka pilih!! Teman fikir kalau mereka anak jantan,.. terimalah kedua-duanya!! Fikir-fikirkan lah !
Oleh : rahimothman
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Jangan bodohkan umat dengan lakonan video aib – Dr Asri
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu.
“Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.
“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.
“Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.
“Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu.
“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan