Selasa, 29 Mac 2011

JAHATNYA AKHBAR-AKHBAR INI



Apa nak buat, dah jadi darah daging kamu ! Dasar akhbar pengampu!. Kita pun tahu, kamu akhbar pro Umno, akhbar kerajaan!.  Tetapi apa-apa pun maruah penulis haruslah dijaga. Beretikalah sikit dalam menghasilkan penulisan!

Apakah kamu ingin menunggu DS Anuar mati,  baru hendak menulis secara beretika?
Tak mungkin!,… sebabnya?  Umno telah menanam impian, ingin menjadi pemerintah seumur hidup!  Jadi, selagi ada parti dan pemimpin yang bergelar pembangkang mereka mesti diserang habis-habisan. Tak kira apa cara sekali pun!  walau dengan melanggar norma-norma kehidupan  dan undang-undang!   seperti yang berlaku sekarang ! dulu dan selamanya!

Sikap bias kamu wahai akhbar pengampu amat melampau!  Laporan berat sebelah kamu terhadap parti pembangkang amat memualkan, kotor dan jijik,  lebih-lebih lagi apabila melaporkan hal-hal yang berkaitan dengan DS Anuar Ibrahim pemimpin utama pembangkang. Kamu ingin memalukan Anuar, tetapi hakikatnya kamu telah  menelanjangi diri kamu sendiri!, Dan seluruh rakyat telah dapat melihat dengan jelas, bahawa kamu sememangnya tidak ada KEMALUAN!  Kesiann!. Akhbar kamu pula menerima nasib lebih malang, kerana pembaca semakin menjauhkan diri!!

Beretikalah ;
Kamu bekerja dengan akhbar-akhbar ini dibayar gaji, dan dengan duit gaji itulah kamu menanggung perbelanjaan keluarga termasuk memberi makan anak bini!. Maka buatlah kerja dengan ikhlas, jujur, bertanggung jawab dan berpegang kepada etika.  Janganlah membuat laporan yang berat sebelah. Jangan menghasilkan tulisan yang bersifat fitnah! buruk sangka!   atau ada unsur-unsur  mencaci dan menghina.  Kalau gaji yang diperolehi dari hasil kerja fitnah dah tentu haram!. Sanggupkah memberi anak bini makan dengan duit haram?

Tetapi apa yang berlaku sejak sekian lama hingga hari ini  kamu penulis-penulis akhbar haramjadah yang berhati Yahudi!   telah menulis berita dan laporan tentang Anuar secara kotor, jahat dan langsung tidak propersional!.  Kamu seolah-olah telah menjadi hakim mahkamah, kerana tulisan kamu yang bersifat menuduh dan menghukum!!

Strategi jahat ; Buat dulu cerita palsu! hebahkan !

Prinsip dan matlamat kamu hanya satu,..Sesiapa saja pemimpin pembangkang terutama DS Anuar Ibrahim perlu diberi fokus utama. Cerita-cerita yang memalukan, mencemar imej dan maruah mesti dicipta dan disebarluaskan.  Contohnya, seperti  “ Kes Liwat 1” dan  “Kes LiwaT 2”

Dan terkini - kes terbaru yang disensasikan  ialah  “video seks” – Sebagaimana biasa isu ini telah disensasikan dan disebar  dengan meluas. Anuar Ibrahim awal-awal lagi telah dituduh dan didakwa oleh oleh penulis-penulis upahan dan penulis-penulis akhbar pro Umno. Dakwaan dan tuduhan ini diperkuatkan lagi oleh pemimpin-pemimpin Umno dan badan Ngo yang pro Umno. Semuanya memberi  komen-komen yang negatif terhadap Anuar!.  Anuar dicela habis-habisan. Manakala pemilik video lucah haram itu, pembikin dan penayangnya disenyapkan atau diminimakan beritanya,

 Hakikatnya,  Anuar sendiri pun tak tahu menahu kisah Video seks itu, tetapi sebagai tindakan yang bijak beliau telah membuat repot polis,  menafikan dia terlibat.  Dan untuk pengetahuan pembaca beginilah kaedahnya pihak akhbar dan Umno membuat kerja. Laporan polis pun belum dibuat,  dakwaan dimahkamah jauh sekali!   tut tut!  Anuar sudah dijatuhkan hukum oleh akhbar pengampu dan pemimpin Umno – parti berkarat hijau itu!!

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. alam,

    "Apa nak buat, dah jadi darah daging kamu ! Dasar akhbar pengampu!. Kita pun tahu, kamu akhbar pro Umno, akhbar kerajaan!. Tetapi apa-apa pun maruah penulis haruslah dijaga. Beretikalah sikit dalam menghasilkan penulisan!!

    Tuan ada tak baca harakah? dan lain2 yang sejenis dengannya?

    BalasPadam