Selasa, 29 Mac 2011

DATUK NALLA… NAK TARBIAH PEMIMPIN PAS ?!


Wah! hebat sangatkah kamu? Belajar dulu dengan Ezam,.. untung-untung dapat jadi Senator !

Wahai Nallkaruppan, Dah berapa ramai kenalan Anuar yang mengaku kawan, tetapi menikam Anuar dari depan dan belakang tak sudah-sudah!  termasuk kamu!  Teruskan lah kerja kamu memburukkan Anuar!



S.Nallakaruppan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang. Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

NALLA nak selamatkan Melayu? dan penyokong-penyokong PAS? Apa kah jadahnya? Kaum kamu sendiri pun lintang pukang!   Mimpi kah  kamu duhai Nallakarrupan?  Sudah 13 tahun UMNOBN memusuhi Anuar dan PKR.  Sudah 13 tahun juga kamu bersekongkol dengan UMNO menghina dan menuduh Anuar yang bukan-bukan! Kamu lupa? Sudah berapa kali kamu membelit Anuar? membelasah dan menuduhnya dengan berbagai tuduhan yang tak berasas?

Nampaknya kamu masih nak menekan dan memburuk-burukkan Anuar. Kenapa keburukan Najib kamu diamkan? Berapa Najib dah bayar? Hari ini kamu nak tunjuk lagak pula.!! Kamu nak ajar sahabat Anuar dari PAS bagaimana nak menilai diri Anuar!   Kamu nak beritahu pemimpin PAS siapa Anuar sebenarnya!  Kamu fikir kamu tu utusan dari Allah?  yang ingin menyampaikan sesuatu, yang mana pemimpin PAS tak mampu nak fikir? 

Sudahlah Nalla. Tak usah buang masa kamu, tak usah buang masa pemimpin PAS. Orang ramai dah kenal kamu sejak dulu lagi!! Kamu jenis manusia penakut yang mudah diugut, mudah digertak! Hulur seribu dua kamu boleh cakap semua benda, walaupun kisah dalam kelambu kamu sendiri!.  Kalau hulur lebih sikit, kamu boleh round satu Malaysia – jual minyak angin untuk membantu Umno – seperti yang Ezam biasa buat!!

Kita nak tanya Nalla ! . Kalau kamu nak beritahu pemimpin PAS yang Anuar itu tak bagus, jahat atau pengkhianat,  bagaimana pula penilaian kamu terhadap Nik Aziz atau Haji Hadi sendiri? dan bagaimana pula penilaian kamu tentang Lim Guan Eng? Sanggupkah kamu memberi kenyataan bahawa Nik Aziz sangat baik, Haji Hadi juga baik!  dan Lim Guan Eng juga bagus!   Semua mereka jauh lebih baik dari Anuar !?

Dan adakah kamu beranggapan bahawa kebolehan kamu menilai Anuar mengatasi kebolehan ketiga-tiga pemimpin tadi? Kamu tersilap duhai Nalla.!  Tak usahlah nak mengajar itik berenang!!  Bodoh sangatkah mereka ini untuk menilai siapa Anuar??  Sepatutnya nilai diri kamu dulu. Lihat cermin, julurkan lidah. Tengok! Bercabang ke tidak!

Kamu fikir orang-orang PAS dan PKR ini bodoh macam kamu ? atau bangang macam orang Umno?

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan