Khamis, 3 Mac 2011

Apa tujuan PDRM diwujudkan?


Tanggung jawab polis sudah tentu untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.  Menjaga ketenteraman awam,  menjaga keselamatan orang ramai dan mengawal serta membenteras kes jenayah atau sebagainya. Dengan lain perkataan tugas polis adalah untuk menguatkuasakan undang-undang,  ini termasuklah penguatkuasaan peraturan lalu lintas.
Apa yang berlaku hari ini, seolah-olah satu daripada tugas polis ialah mencari wang melalui saman trafik, lalu rakyat dijadikan mangsa.


Difahamkan sebanyak 15 juta saman telah dikeluarkan sejak tahun 2001 dan kebanyakan pemandu yang disaman tidak rela melunaskan saman itu atas beberapa sebab!...
Pertama – Saman ekor yang mereka terima bukanlah surat saman sebenar,  tetapi ia merupakan notis saman,  dimana sepatutnya “Orang Kena Saman” perlu membuat pengakuan sama ada mereka telah membuat kesalahan tersebut atau tidak.
Kedua – Kebanyakan pemandu yang menerima saman ekor,  kurang yakin apakah mereka benar-benar telah melakukan kesalahan tersebut!  kerana kejadian mungkin telah berlaku begitu lama,  lainlah kalau saman itu diterima semasa polis membuat sekatan jalanraya!! Dan lebih . malang lagi,… pernah berlaku,  dimana  kereta yang disaman itu tak pernah pun keluar dari daerah/kawasannya pada tarikh yang dinyatakan,  tetapi surat saman yang diperolehi menyatakan bahawa kereta tersebut ada melakukan kesalahan. Disini ada kemungkinan,  dua buah kereta mempunyai nombor yang sama dan satu darinya nombor palsu!!. Pemandu yang disaman rasa terinaya!!
Ketiga -  Tindakan polis sebenarnya bukan bertujuan untuk mendidik!  sebaliknya berniat untuk memerangkap dan mendera emosi pemandu apabila mereka menerima surat saman   atau “notice saman” tersebut. Sepatutnya tugas polis lebih bersifat mendidik, mengajar dan menegur. bukan dengan memasang perangkap laju dan menghukum pemandu!
Adakah kerajaan BN sekarang ni sudah terlalu sengkek !! atau hampir muflis? hingga sanggup mengorek saku rakyat?  Kasihanilah !  bahawa sesungguhnya rakyat amat sengsara dengan kenaikan harga barang ketika ini!!  Jangan peralatkan PDRM!
Kalau pun kerajaan mahukan PDRM mencari wang untuk membantu kerajaan, buatlah satu projek khas atau ceburilah bidang perniagaan!!  Jangan mengambil jalan mudah dengan memaksa rakyat membayar saman. Jangan paksa rakyat mengaku salah, walhal mereka sebenar-benarnya tidak bersalah!  atau tuduhan bersalah yang belum pasti!!  
Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan