Isnin, 21 Mac 2011

KOMEN BODOH HISHAMUDIN & NAJIB – isu video seks


Hishammuddin  meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.  Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

Ini komen teman ekoran dari kenyataan Hishamudin

1.  Kes tak boleh disiasat  tanpa ada laporan polis??  Betulkah begitu?  atau cuma alasan supaya polis tak perlu buat kerja?  Kalau begitu samalah situasinya pihak bomba tak boleh pergi memadamkan kebakaran jika tidak ada laporan!!  Walaupun mereka tahu disitu ada kebakaran. Kalau pihak polis terserempak dengan kes jenayah, bagaimana?  Nak tunggu laporankah baru bertindak?.  Kalau polis tahu di suatu tempat itu ada berlaku jenayah!  Masih nak tunggu laporan jugakah? Kalu beginilah cara polis Malaysia bekerja hancur Malaysia!!,.. maka tak hairanlah hari ini jenayah menjadi-jadi, sebab polis tak mahu buat kerja kerana tak ada laporan!!!

2. Hishamudin minta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.  Najib juga turut membuat kenyataan bahawa pihak polis tidak terlibat dalam isu video lucah ini.  Satu lagi kenyataan bodoh dari seorang menteri.   Mana ada dalam dunia ini orang mahu mengaku dia terlibat dengan kerja-kerja jahat?   Dan mana mungkin Hisham nak halang orang ramai dari membuat spekulasi atau tuduhan! bahawa polis telah berlaku curang di dalam tugas mereka?  

Kes Fitnah Liwat 1 dan 2 bagaimana? Jelas lagi nyata,..bahawa pihak pihak polis telah terlibat, bersekongkol dan bersubahat!  Ini terbukti dari fakta-fakta yang bercanggah semasa dalam perbicaraan.  Dan yang paling penting ialah pengakuan yang dibuat oleh bekas ketua polis Negara sendiri Rahim Noor.  Hari ini rakyat susah nak percaya lagi kepada pihak polis!!

Oleh : rahimothman





Tiada ulasan:

Catat Ulasan