Isnin, 21 Mac 2011

SATU LAGI KONSPIRASI !


Tayangan Perdana Video lucah di Carcosa Seri Negara!
Soal kebenaran atau ketulinan video tersebut kita ketepikan dulu buat seketika!!   Barangkali kes ini direka dan ditimbulkan untuk menutup kes sumbang dan songsang seorang ahli politik Umno di sebuah hotel baru-baru ini…
Tetapi yang lebih penting ialah strategi ini perlu dibuat untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang kian hampir ini !!

Video lucah di dalam kes ini kununnya seorang ahli politik kanan parti pembangkang telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita disebuah hotel di Kuala Lumpur!!  Wow! Dasyat! Ini cerita panas!! Nak buat gempak le kunun!,  tapi awal-awal lagi kita dah boleh agak!!  Semuanya kerana pilihanraya dan mereka begitu takut dengan gelombang kebangkitan pembangkang!  Rakyat Malaysia yang sihat dan waras mahu percaya ke video babak seks buatan UmnoBn ini??

Tak apalah!,.. itu memang kerja diaorang yang sentiasa ingin menjadi pelesit!. Yang kita tak sabar nak tahu,,,…Siapa “Datuk T ”?   Adakah beliau pengurus atau tuan punya hotel tempat kejadian? Kalau bukan! apa hak beliau dengan sewenang-wenang boleh melarikan kamera video berkenaan keluar dari hotel lalu dibawa pula ke Carcosa Seri Negara?  Apakah beliau orang yang bertanggung jawab membuat tayangan perdana video lucah itu di Carcosa Seri Negara? seperti yang dihebuhkan semalam?  Siapa yang membenarkan pihak Hotel Carcosa membuat tayangan video haram itu? Siapa yang menjemput dan membenarkan editor-editor akhbar dan wakil media menontonnya? 

Sejak bila orang awam dibenarkan menonton filem atau video lucah?.  Sejak bila kerajaan ada mengeluarkan lesen kepada pengusaha-pengusaha filem lucah? Sejak bila kerajaan ada memberi kebenaran kepada hotel-hotel lima bintang untuk menayangkan filem lucah secara percuma??  Semua soalan-soalan ini perlu dijawab oleh pihak berwajib !!

Diharap pihak polis siasatlah Datuk T  hingga keakar umbi!  Pihak polis jangan pula buat-buat bodoh!  kunun nak tunggu ada laporan baru nak siasat!! Pihak polis kena tunjuk cerdik! bukan tunjuk lagak bodoh macam keldai !!   Jangan sibuk nak siasat atau nak kenal pasti dulu siapa pelakun dalam video itu!  Siasat dulu betul-betul, siapa pemilik video itu. Bagaimana dengan begitu mudah Datuk T boleh dapat video itu. Kenapa beliau tidak membertahu pihak hotel? Kenapa dengan berani beliau mengambil kamera yang bukan haknya?  Semuanya penuh tanda tanya. Tentu ada motif!!

Justeru  Datuk T perlu dipegang dulu! untuk di soal siasat. Jangan pandang pangkat!.  Dia datuk ke, bapak datuk ke, Tan Seri ke!,..  itu bukan alasan,  itu bukan tiket untuk mengelak dari dikenakan soal siasat!!   Kalau Datuk T telah dipegang awal-awal, kerja polis dah jadi senang dan menuju kepada separuh penyelesaian!!  Polis seharusnya lebih tahu apa soalan-soalan penting yang perlu dikemukakan kepada Datuk T. 

Dimana Datuk T perolehi video itu?  Apa motifnya beliau memanggil wartawan-wartawan melihat tayangan perdananya?  Apa motif ?  atau mengapa Datuk T ini awal-awal lagi telah memberi amaran kepada ahli politik tersebut serta isterinya agar berundur dari politik  dalam tempoh seminggu ? Perkara itu belum lagi didakwa di mahkamah, malah belum dibuktikan. Mengapa dengan berani dan sombongnya Datuk T  telah membuat tuduhan serta memberi amaran kepada ahli politik yang beliau maksudkan?? Wah !! hebatnya Datuk T ini!!  Tentu ada orang besar di belakangnya!

Kes yang boleh kita kata rekaan terbaru ini, bukanlah susah untuk diramal !. Pilihanraya dah dekat, jadi cerita-cerita pelik begini memang menjadi kegemaran mereka. Ia semacam sudah menjadi darah daging !!  Demi untuk mempertahankan kuasa,  apa saja mereka boleh buat. Mereka tak takut Allah!,  mereka tak takut mati!,  mereka tak takut hari pembalasan. Bagi mereka,  syurga dan neraka itu hanya cerita dongeng!!

Mari kita teka !!,… Siapa di belakang Datuk T?  Siapa pengarah drama berat ini? Untuk mendapatkan jawapan jangan lupa mengimbau kes-kes terdahulu – Fitnah liwat 1 dan 2.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan