Isnin, 31 Oktober 2011

Hina Islam : Dr Chua dah melampau !

Kenapa Dr.Chua Soi Lek (gambar) terlalu celupar dan biadap? Sebagai individu bukan muslim apa hak dan kobolehan beliau untuk bercakap soal hukum hudud yg bukan dalam bidangnya?

Antara dakwaannya - Melaksanakan Hukum Allah yakni hukum hudud dikatanya ibarat berundur kebelakang, negara bertambah mundur, pelabur takut datang, yang sedia ada akan cabut lari!!   Begitulah mudahnya dia menilai dan menghukum tanpa secubit bukti pun !  Telebih cerdik agaknya !

Kita bukan nak kata Dr Chua monyet, tapi ini contoh,…    Mana boleh monyet bercakap dalam masyarakat tempua tentang bagaimana nak buat sarang dengan baik dan kukuh. Hukum Allah dah menentukan bahawa sarang tempua sememangnya unik, cantik dan kukuh. Tak layak si monyet  menegur atau mempertikaikannya.

Berbalik kepada hukum hudud.  Siapalah Dr Chua untuk menilai hukum milik Allah itu? Samalah macam monyet tadi !  Monyet hanya pandai bergayut dari dahan kedahan, makan anika buah-buahan dan melepaskan nafsu sesama sendiri kemudian bunting dan beranak pinak ! Lebih-lebih pun kalau pandai sikit bolehlah menjadi monyet sarkas,.. tak lebih dari itu.

Tetapi nampaknya Dr.Chua mahu tunjuk lebih!  Sebagaimana lazim ia tetap dengan egonya ! Beliau dengan bersahaja bercakap soal hudud, macam seorang ulamak moden Umno. Sedar atau tidak akhirnya beliau dengan sengaja telah memperlekeh Islam !, menghina Islam dan umatnya ! Agong sebagai ketua agama macammana? tak tercabar atau terusik hati ke?

Barangkali dalam hati beliau sudah bersedia dengan kalimah ini,..Apa aku peduli ? ini Negara aku juga!. Negara ini negara demokrasi !. Aku berhak bercakap apa aku suka,..aku bercakap bagi pihak parti aku. Parti aku sah, halal,.. bukan haram!!   Agaknya !.

Kenapa ini boleh berlaku?  semua orang tahu.  Semuanya kerana Umno!. Umno telah membiar dan membenarkan perkara ini.  Umno telah memberi muka,  membiarkan ia berleluasa. Lebih malang Umno seolah-olah memberi galakan dan menyokong perbuatan mereka,

Contoh – semasa kempen pilihanraya kecil DUN Tenang Pahang,,,. Beberapa pemimpin Cina termasuk Chua Soi Lek  memperlekeh Cikgu Mala calun parti PAS kononnya beliau mengelak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim. Pemimpin Umno tahu hukum, tetapi mereka sama-sama ketawa dengan sindiran yang dibuat pemimpin bukan Islam itu.

 Mereka juga persoalkan kenapa Cikgu Mala memakai sarung tangan,  walhal tujuannya untuk mengelak dari bersentuhan kulit dengan lelaki muhrim.  Umno tahu hukum,  semua itu kehendak dan ajaran Islam, tetapi  mereka senang-senang persendakannya bersama pemimpin bukan Islam!  Bila penyokong BN bukan Islam  ketawa pemimpin Umno sama-sama ketawa. Begitulah adanya,….

Apa-apa pun laporan polis perlu dibuat, Isu ini boleh jadi panas kerana ia boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum ! Pencetus kepada isu ini mungkin boleh dikenakan tindakan atau hukuman di bawah akta hasutan !   Kita sama-sama lihat!  Anak jantankah polis-polis kita terutama yang beragama Islam

Oleh : rahimothman


Antara Gaddafi dan Ibrahim Libya

Oleh: tokpepijat
" Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

Keduanya Ustaz Ibrahim telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meninggal juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir"
RAKYAT MARHAEN

Ahad, 30 Oktober 2011

WAJARKAH SULTAN MENGUGUT ?

Beta akan letak jawatan jika siswa-siswi berdemo,…
Mudahnya rakyat untuk menjadi derhaka!

Seandainya siswa-siswi Universiti Tun Hussein Onn buat tak kisah atau tak ambil peduli titah Sultan Johor ini adakah mereka akan di cop dan dihukum sebagai penderhaka? 

Sultan mungkin tak kata apa-apa,.. tetapi pengampu-pengampu tegar Umno pasti akan berkata  pelajar-pelajar tersebut adalah  penderhaka kerana engkar perintah sultan ! dan mereka mesti meminta ampun!
Di bawah ini sebahagian titah Sultan Johor  petikan dari laporan Malaysiakini,..
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan. (lebih sesuai istilah mengubah kerajaan bukan anti kerajaan)

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.

"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini. - Mkini.

Kesimpulannya – maksud titah baginda ialah,….
Mahasiswa-mahasiswi UTHM Jangan sokong Pakatan Rakyat, sokong BN tak apa
Kalau anda masih nak sokong Pakatan, beta akan letak jawatan sebagai Canselor. Begitulah lebih kurang maksudnya,.. macam mengugut pun ada !

Sedikit lucu pun ada bila mendengar titah Sultan Johor ni.  Apa hak baginda untuk menghalang minat atau sokongan rakyat terhadap parti yang telah dihalalkan oleh perlembagaan? Sultan sendiri pun boleh menjiwai atau meminati mana-mana parti pilihannya sebagai hak peribadi. Tak perlu menceroboh sempadan hak orang lain!. Kalau hak rakyat disekat dihalang, maka tak gunalah Malaysia mengamalkan demokrasi?  Sebaik-baiknya  biarkan lah demokrasi hidup dengan subur!

Apa yang baginda takut sangat kalau berlaku perubahan politik ? Contoh – Sultan Kelantan tak terjejas pun kedudukannya walaupun Kelantan diperintah oleh parti PAS. Yang Dipertua Pulau Pinang masih kekal Melayu walaupun Ketua Menterinya DAP dari Pakatan Rakyat.

Orang Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya tentu boleh berfikir dan faham konsep sebenar demokrasi. Apa kebaikan yang telah dibawa oleh PR. dan apa perubahan akan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat. (merujuk kepada Selangor dan Penang)

Menyekat kebebasan mahasiswa bermakna membunuh peminpin masa depan! Membunuh demokrasi itu sendiri

Oleh : rahimothman

Kerajaan perlu tegas mansuhkan PPSMI


KUALA LUMPUR – Kerajaan hendaklah bertegas dan tidak melayan sebarang desakan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah, ujar pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.

“Wajarkah kita mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat

Kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada wartawan selepas sidang media oleh 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemansuhan PPSMI.
Dr Awang berpandangan bahawa golongan yang memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.

“Wajarkah kita mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat? Kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada wartawan selepas sidang media oleh 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemansuhan PPSMI.

Dr Awang berpandangan bahawa golongan yang memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.“Mereka mendakwa bahasa Inggeris bahasa ibunda mereka padahal mereka masih orang Melayu. Ini satu kekeliruan yang nyata.”

Kata beliau lagi, kekeliruan (oleh golongan elit) ini tidak perlu dilayan. Kerajaan sebaliknya perlu bertegas dan tidak lagi berdolak-dalih untuk mengubah keputusan pemansuhan tersebut kerana ia hanya memberi tanggapan bahawa kerajaan tidak ada dasar negara yang jelas.

Sementara itu, pada sidang media oleh 48 NGO, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, satu memorandum yang mengandungi empat resolusi menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 29 Oktober depan sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8.
RAKYAT MARHAEN


SURAT BERPELURU TERSALAH ALAMAT !?

Gertakan atau ancaman? Bukan Profesor Aziz Bari yang patut terima!     Siapa pengirim?  Ramai dah kenal !!              

Tidak salah rasanya bila Profesor Aziz Bari bercakap sesuatu yang di dalam bidangnya iaitu – perlembagaan, agama Islam dan bidang kuasa raja-raja Melayu. Tidak ada satu ayat pun dalam kenyataan Aziz Bari yang bersifat kurang ajar!  Kecuali si pendengarnya pekak tuli atau tak pernah bersekolah

Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada taufan - beberapa kerat hero Melayu yang berselindung disebalik ketiak raja tiba-tiba buat kecoh!  buat gempar di media. Tak pasal-pasal Aziz dituduh menderhaka kepada sultan Selangor 

Akhirnya setelah beberapa hari isu ini dipanaskan,  semalam Aziz menerima surat berisi peluru dan sekeping  nota yang berbunyi,.. "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
Wah ! garang dan samseng benar bunyinya!  Spesis-spesis yang bersifat samseng ni, selalunya tak adalah orang lain!   Kita pun tahu siapa dia.

Tindakan menghantar surat berisi peluru oleh orang yang marah sangat kepada Profesor Aziz Bari ini rasa-rasanya bukanlah kerja orang putih bernama James Bond, Yip Ah Loy bermata sepet, Samy Vedu berkulit gelap atau Pipin anak Labik orang asli pendalaman Pahang.

Jadi,  siapa pengirim yang tak bertanggungjawab itu?  Sudah tentulah orang Melayu sendiri !, Melayu yang sering menganggap dirinya benteng dan perisai kepada raja-raja tetapi sebenarnya penuh dengan pura-pura!   Melayu yang mengaku Islam tetapi fahaman atau Umno yang menjadi pegangannya..

Puak-puak keturunan ni biasa sangat dengan kerja-kerja macam tu. Bagi mereka bumi Malaysia ini milik mutlak mereka. Kuasa dan hak memerintah mereka punya!, Kekayaan dibumi bertuah ini juga milik mereka,  jadi mereka boleh buat apa saja! Mereka boleh menyalahguna kuasa, mereka boleh menipu, mereka boleh rasuah, mereka boleh kacau bini orang, mereka boleh memfitnah,  mereka boleh mengugut,  malah mereka boleh membunuh!   Allah yang maha berkuasa, mereka lupa.

Wahai si pengirim!,.. Anda sebenarnya  silap !  atau anda sengaja buat-buat silap. Aziz Bari bukan seorang penjenayah, bukan perasuah, bukan pengampu, bukan pengikis harta rakyat.  Dia hanya rakyat biasa, dia seorang individu Melayu yang terdidik  oleh sistem pemerintahan kerajaan UmnoBn sendiri. Kini dia telah mencapai tahap sebagai manusia bijaksana,  seorang ilmuan.  Kenapa dia perlu dimusuhi?  Butakah mata kamu untuk melihat betapa ramainya di luar sana manusia pengkhianat berlagak jujur,  berlambak-lambak syaitan yang bertopengkan manusia!  atau musang berbulu ayam. Ini termasuk ahli dan pemimpin Umno sendiri ! Barangkali peluru itu sesuai untuk mereka ! bukan Profesor Aziz Bari.

Semoga Profesor Aziz  bertenang dan bersabar dalam menghadapi isu yang kononnya beliau menentang dan menderhakai raja.  Beikutan ugutan bunuh yang diterimanya kelmarin,  diharap pihak polis menyiasat betul-betul dan tidak bertindak sambil lewa. Tak kira siapa mereka! Melayu cop keris telanjang ke,  Melayu cop kapak ke,.. mengirim peluru dan membuat ugutan bunuh tetap satu kesalahan jenayah!!

Oleh : rahimothman