Bila Tun Dr Mahathir bercakap soal hukum dalam Islam, kita hanya boleh dengar, percaya jangan!. Kita faham Tun sering bercakap mengikut sedap hati dan berlandaskan logik dan hukum akal saja! Dan yang paling penting motif disebalik hujjahnya ialah untuk kemenangan politik Umno, itu semua orang tahu !.
Dalam beberapa hal, Mahathir sebenarnya bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan juga kepada orang Melayu, beliau cakap tak serupa bikin ! Siapa mengikis kuasa raja-raja Melayu? Siapa menghakis hak-hak istimewa orang Melayu? Siapa penghalang hudud di laksanakan di Kelantan? Siapa yang memulakan kes fitnah paling besar di Malaysia? Semuanya dalam pengetahuan rakyat.
Satu ketika dulu Tun Mahathir pernah menyarankan agar tafsir Quran dibuat semula ! dan Mahathir juga pernah menghina gaya penampilan Nabi Muhammad SAW. Rakyat masih belum lupa Mahathir pernah memecat Ketua Hakim Negara yang tak sebulu dengannya. Mahathir juga pernah memecat seorang Mufti semata-mata kerana Mufti itu bercakap menegakkan hukum Allah. Lebih malang,.. Kes Memali dimana kerajaan Mahathir telah membunuh sekumpulan orang Islam yang tak berdosa!.
Dalam isu PAS nak menegakkan hukum Hudud, mari kita renung sejenak komen Mahathir di bawah ini,..
“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.
“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.
“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.
Ini komen penulis,…
Mahathir jangan jadi bangang! atau buat-buat bangang ! ! Hukum hudud itu hanya dikenakan kepada orang Islam, tidak kepada bukan Islam. Orang Islam dihukum potong tangan, manakala orang bukan Islam dijel. Adillah tu!. Kenapa pula Mahathir kata tidak adil? Kalau orang bukan Islam turut dihukum potong tangan barulah boleh dikata tidak adil !!
Samalah dengan situasi sekarang ! Orang Islam yang berjudi atau minum arak boleh ditangkap atau dihukum, manakala orang bukan Islam tidak ditangkap, tidak dihukum ! Kalau Mahathir mahukan keadilan eloklah mulai tahun depan kalau ada orang bukan Islam berjudi atau minum arak sila tangkap !! Kalau ada orang bukan Islam tak puasa dalam bulan Ramadhan juga tangkap !!?
Wahai Tun Mahathir ! Hukum Hudud bukanlah macam hukum sivil yang dilaksanakan oleh mahkamah Sivil! Peguam boleh dibeli, hakim boleh disogok ! polis boleh ditumbuk rusuk!. Dalam hukum hudud yang melibatkan potong tangan pun bukanlah ia boleh dibuat sewenang-wenang. Banyak langkah dan prosedurnya yang perlu dipatuhi. Bukan potong ikut sukahati ! Bukti mesti kukuh! Sogok menyogok tak main lah. Lagi pun seluruh peguam dan hakim dibawah hukum hudud adalah orang yang berpegang kepada Islam, bukan berpegang kepada Umno!
Madey ni suruh dia jgn bercakaplah!...kalau dia bercakap macam 'Lembu bercakap'
BalasPadamaku paling xsuka kalau orang jahil bersuara...tolonglah mahathir,ko da tau ko tu jahil dok diamlah,jgn la ckp bab yg ko xtahu,ini ke manusia yg dipuja2 oleh golongan umno ni??? hukum tuhan adalah yg termaktub dlm al'quran dan hadis,bkn hukum ikut akal logik..wahai mahathir laknatullah, kalau hang nak ikot logik sgt,nti kalau hang kentut masa nak solat xpayah ambil wuduk,hang basoh pungkoq ja,sbb hang ikot logik,pungkoq buang angin so hang basoh pungkoq je lah...bodo sombong!
BalasPadam