Ahad, 30 Oktober 2011

Kerajaan perlu tegas mansuhkan PPSMI


KUALA LUMPUR – Kerajaan hendaklah bertegas dan tidak melayan sebarang desakan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah, ujar pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.

“Wajarkah kita mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat

Kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada wartawan selepas sidang media oleh 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemansuhan PPSMI.
Dr Awang berpandangan bahawa golongan yang memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.

“Wajarkah kita mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat? Kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada wartawan selepas sidang media oleh 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemansuhan PPSMI.

Dr Awang berpandangan bahawa golongan yang memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.“Mereka mendakwa bahasa Inggeris bahasa ibunda mereka padahal mereka masih orang Melayu. Ini satu kekeliruan yang nyata.”

Kata beliau lagi, kekeliruan (oleh golongan elit) ini tidak perlu dilayan. Kerajaan sebaliknya perlu bertegas dan tidak lagi berdolak-dalih untuk mengubah keputusan pemansuhan tersebut kerana ia hanya memberi tanggapan bahawa kerajaan tidak ada dasar negara yang jelas.

Sementara itu, pada sidang media oleh 48 NGO, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, satu memorandum yang mengandungi empat resolusi menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 29 Oktober depan sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8.
RAKYAT MARHAEN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan