Di Malaysia cerita fitnah dan palsu, kalau bukan melibatkan Umno mesti dihebuhkan. Cerita buruk orang Umno, walau pun benar mesti ditutup rapat-rapat !
Di kalangan pemimpin dan penyokong UmnoBn, budaya memfitnah adalah wajar, malah menjadi wajib kepada pemimpin-pemimpin tertentu apabila mereka mahu memperolehi faedah atau keuntungan politik !
Terbaru,.. anak Lim Guan Eng 16, yang masih mentah dan tak tahu apa-apa telah difitnah kononnya beliau telah meraba buah dada rakan sekolahnya. Untuk menyedapkan lagi cerita, anak LGE ini dikatakan telah menggunakan nama bapanya selaku ketua Menteri Pulau Pinang untuk mengelak dari sebarang tindakan !
Begitulah hebat dan kreatifnya blogger-blogger pro Umno ini mengarang cerita kartun mereka. Setelah disiasat pelajar perempuan berkenaan tak wujudpun di bumi Malaysia. Pelajar perempuan yang cuba dikaitkan itu ialah warga Hong Kong, pernah menjuarai Catur Remaja Dunia, kini sedang menuntut di US.
Syabas kepada khadam-khadam Umno yang begitu setia menjalankan tugas anda sebagai barua Umno! Nampaknya kali ini anda benar-benar terperangkap dengan pembohongan ciptaan anda sendiri. Semoga Allah memberi ganjaran besar kepada anda diakhirat kelak !!!
Walaubagaimana pun tahniah juga kepada anda blogger pro Umno sekalian kerana berjaya menjadikan Malaysia hebuh dan kecuh! Cerita anda itu berjaya juga disensasikan untuk sehari dua.! Pemimpin-pemimpin Umno tumpang seronok seolah-olah menyokong berita fitnah yang mahu memalukan ketua Menteri Pulau Pinang itu. Seperti dikatakan tadi,… mahu mencari keuntungan politik!. DS Anwar sudah puas merasainya!
Hakikatnya kebanyakan rakyat Malaysia bukanlah bodoh, atau mudah diperbodohkan! Masih ramai yang cerdik pandai, berjiwa mulia, berhati bersih dan tidak bersangka buruk!. Yang tergila-gila dengan berita palsu dan cerita fitnah sebegini hanyalah penyokong-penyokong Umno berkarat hijau ! Akhirnya cerita-cerita busuk ciptaan makhluk tak berhati perut itu tak sampai kemana, ibarat kentut , sebusuk manapun akhirnya akan hilang dibawa angin !!.
Semoga LGE, ketua Menteri Pulau Pinang, sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Mudah-mudahan ada hikmah disebalik segala fitnah.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan