Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu besar kepada isu remeh! Sepatutnya bercakaplah tentang masaalah yang lebih besar dan penting buat rakyat!
Tan Sri TPM jangan memejamkan mata dan memekakkan telinga. Dimata rakyat UmnoBn semakin tempang! Sudahkah penyelewengan dalam SPR dan JPN diperbetulkan?
Kenapa terlalu sibuk dengan hudud? Menurut beliau lagi kalau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak menzahirkan pendirian tentang hukum hudud rakyat akan keliru, rakyat akan jadi resah yang tidak menentu!. Benarkah begitu?
Yang resah gelisah Umno sebenarnya. Banyak isu yang berbangkit semuanya menghempap batang tubuh Umno. Isu murtrad, zina dan buang anak semakin menjadi-jadi. Isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dalam Umno usah cerita lah,.. melambak !
Dalam bab nak menegakkan syiar Islam ia hanya dibibir pemimpin Umno sahaja, realitinya tidak!. Kalau ada pun pelaksanaannya ia cukup sedikit, kerana dasar Islam Umno ialah separuh ikut separuh tidak!, separuh patuh separuh langgar !! Jadi kenapa Muhyiddin terlalu sibuk sangat tentang hudud ni? Dulu TG Nik Aziz nak laksanakan di Kelantan, tapi Mahathir senang-senang menghalang dengan memberi amaran yang cukup keras kepada kerajaan Kelantan !
Kita renungkan petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri di bawah ini,..
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan pembangkang itu perlu segera menzahirkan pendirian sebenar mereka, dan tidak mengelirukan rakyat dan meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.
“Yang penting sekarang bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka telah menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi PAS masih bertekad untuk teruskan.
“Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bersama pemimpin penjawat awam Malaysia-Singapura 2011 di sini hari ini.
Menurut laporan Bernama Online, Muhyiddin menggesa Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk ‘bersuara’ dengan jelas dan tidak lagi berdolak-dalik dalam isu itu.
“Setakat ini yang konsisten hanya Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
“Biar Anwar, Karpal dan Hadi cakap dengan jelas apa pendirian mereka, kerana bukan sahaja orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga mahu tahu apa pendirian pakatan pembangkang dalam soal ini,” katanya.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan