Khamis, 20 Oktober 2011

Si langau ni memberi syarat kerana takut

Kalau anak jantan, sambut cabaran tanpa syarat !
 
Profesor Dr Abdul Aziz Bari mencabar Zul Kulim berdebat dengannya dalam isu perlembagaan yang mengaitkan Islam dan  raja-raja Melayu.
Zul Kulim yang ibarat langau tua itu menyambut cabaran itu tetapi dengan satu syarat dimana Aziz Bari perlu meminta maaf dulu kepada Sultan Selangor,.. pulak dah !...  itu ciri-ciri orang penakut.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebenarnya tak perlu meminta maaf kepada sesiapa kerana tidak membuat apa-apa kesalahan pun. Beliau hanya memberi pandangannya berpandukan fakta,  yang mana beliau  arif dalam bidang tersebut. 

Zul Kulim sebagaimana yang telah diketahui umum, memang bersifat jantan tak bertelur!  Ahli Parlimen Shah Alam  pernah cabar beliau dalam isu kalimah Allah yang panas satu ketika dulu , tetapi beliau senyap, tak angkat muka. Dimanakah keberanian sebenar Si Zul al-kataki ini?!  Rupa-rupanya keberanian beliau  hanyalah semasa membuat kenyataan ahkbar, tv atau sekadar menulis diblog saja.

Hari ini beliau menunjukkan lagak hebatnya sekali lagi. Beliau sambut cabaran Profesor Aziz Bari untuk berdebat, tetapi mengenakan syarat yang tak masuk akal pula !  Begitulah hebatnya ahli parlimen dalam buangan ini. Ngaumannya sebijik macam lalat langau yang menghidu bangkai, Suaranya tak ubah  macam tin kosong yang dipalu!  Gemanya menyakitkan telinga.

Kita pun kurang faham Si Zul ni sedar atau tidak? bahawa beliau telah dijadikan anjing buruan atau anjing upahan Umno. Semakin kuat dia menyalak semakin kembanglah lubang hidung tuannya !  Semakin nyaring suaranya itulah pertanda dia sudah dapat sesuatu atau sedang mengharapkan sesuatu dari tuannya

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. simalau ketayap busuuuk tu tak perlu dilayan,biarkan dia merapu sorang2 tak lama lagi gila la jadinya lepas tu kita buang kat sungai linggi bagi makan buaya......

    BalasPadam