Dato’ Ibrahim Ali ajak Melayu beri sokongan dan beli Utusan Malaysia,.. !
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Dato’ Ibrahim Ali al kataki menyeru orang Melayu supaya memberi sokongan dan membeli akhbar utusan Malaysia. Orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan bangsa dan menjadi suara kepada kaum itu, katanya.
Nak bangga apa ke bendanya!, perjuangan apa yang telah dibuat ? Utusan hari ini ibarat nasi bariani yang sudah tercemar!! Nasi beriani yang dulunya enak kini sudah berlaukkan daging tikus dan cicak ! Orang Melayu dah muak ! Betul-betul muak dan nak muntah ! Utusan Malaysia sudah menjadi - utusan Meloya !
Tak mungkin orang Melayu boleh dipaksa menyukai akhbar yang padat dengan fahaman perkauman, kelucahan, pembohongan dan fitnah. Sebagai orang Melayu yang mengamalkan sopan santun, akhbarnya juga sepatutnya beradab dan beretika! Bukan seperti sekarang,.. tidak keterlaluan kalau dikatakan Utusan sudah bersifat bangkai !!!
Nampaknya Ibrahim Al Kataki masih perasan dirinya berpengaruh, Sedarkah dia suara dan tindak tanduknya selama ini sering dilihat amat keterlaluan? Sedarkan dia sikap dan pendiriannya dalam banyak perkara - tidak disenangi atau digemari oleh banyak pihak?, sama ada oleh bangsanya sendiri maupun bangsa lain?
Sedarlah dato’ ! Seruan dato’ itu membuang masa je, Ini syarat mutlak jika dato’ mahu mempelawa orang Melayu agar kembali berminat dan terus menyokong Utusan Melayu/ Malaysia,
“UTUSAN PERLU MEMUTIHKAN DIRINYA SEMULA, BERSIHKAN DARI SEGALA KEHITAMAN ! KEMBALIKAN UTUSAN MELAYU SEPERTI 20 TAHUN DULU, BARU BOLEH AJAK ORANG MELAYU MENYOKONG DAN MENYUKAI AKHBAR ITU !!
SEJAK 15, 20 TAHUN KEBELAKANGAN INI PERANAN UTUSAN MALAYSIA DALAM MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU SUDAH TERLALU JAUH MENYIMPANG, TERKELUAR DARI NORMA DAN KETATASUSILAAN BANGSA. UTUSAN MALAYSIA TELAH MENGAMBIL JALAN KOTOR SAMA SEPERTI PARTI UMNO YANG TELAH MENGOTORKAN DIRINYA SENDIRI
Oleh : rahimothman
Seterusnya,. Lihat artikel berkaitan,..
Suara PERKASA tak laku, Ibrahim Ali nak jual Utusan pula..
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu.
Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan.
Sejak daripada zaman Tan Sri Zam (Zainuddin Maidin) lagi sehinggalah sekarang, Utusan masih teguh dengan pendirian mereka mempertahankan hak Melayu dan tidak pernah berhenti melakukannya walaupun dibidas pihak tertentu.
"Justeru, saya tegaskan di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita harus mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Ingin saya tegaskan juga di sini bahawa orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia bukanlah golongan yang mempunyai darah Melayu tulen," katanya ketika berucap pada Persidangan Perkasa Kedua di sini hari ini.
Pada akhir ucapannya itu, beliau turut melaungkan hidup Utusan Malaysia sebanyak tiga kali sambil disambut oleh 7,000 ahli serta perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut.

Sumber : Anak Sungai Derhaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan