Gertakan atau ancaman? Bukan Profesor Aziz Bari yang patut terima! Siapa pengirim? Ramai dah kenal !!
Tidak salah rasanya bila Profesor Aziz Bari bercakap sesuatu yang di dalam bidangnya iaitu – perlembagaan, agama Islam dan bidang kuasa raja-raja Melayu. Tidak ada satu ayat pun dalam kenyataan Aziz Bari yang bersifat kurang ajar! Kecuali si pendengarnya pekak tuli atau tak pernah bersekolah
Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada taufan - beberapa kerat hero Melayu yang berselindung disebalik ketiak raja tiba-tiba buat kecoh! buat gempar di media. Tak pasal-pasal Aziz dituduh menderhaka kepada sultan Selangor
Akhirnya setelah beberapa hari isu ini dipanaskan, semalam Aziz menerima surat berisi peluru dan sekeping nota yang berbunyi,.. "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
Wah ! garang dan samseng benar bunyinya! Spesis-spesis yang bersifat samseng ni, selalunya tak adalah orang lain! Kita pun tahu siapa dia.
Tindakan menghantar surat berisi peluru oleh orang yang marah sangat kepada Profesor Aziz Bari ini rasa-rasanya bukanlah kerja orang putih bernama James Bond, Yip Ah Loy bermata sepet, Samy Vedu berkulit gelap atau Pipin anak Labik orang asli pendalaman Pahang.
Jadi, siapa pengirim yang tak bertanggungjawab itu? Sudah tentulah orang Melayu sendiri !, Melayu yang sering menganggap dirinya benteng dan perisai kepada raja-raja tetapi sebenarnya penuh dengan pura-pura! Melayu yang mengaku Islam tetapi fahaman atau Umno yang menjadi pegangannya..
Puak-puak keturunan ni biasa sangat dengan kerja-kerja macam tu. Bagi mereka bumi Malaysia ini milik mutlak mereka. Kuasa dan hak memerintah mereka punya!, Kekayaan dibumi bertuah ini juga milik mereka, jadi mereka boleh buat apa saja! Mereka boleh menyalahguna kuasa, mereka boleh menipu, mereka boleh rasuah, mereka boleh kacau bini orang, mereka boleh memfitnah, mereka boleh mengugut, malah mereka boleh membunuh! Allah yang maha berkuasa, mereka lupa.
Wahai si pengirim!,.. Anda sebenarnya silap ! atau anda sengaja buat-buat silap. Aziz Bari bukan seorang penjenayah, bukan perasuah, bukan pengampu, bukan pengikis harta rakyat. Dia hanya rakyat biasa, dia seorang individu Melayu yang terdidik oleh sistem pemerintahan kerajaan UmnoBn sendiri. Kini dia telah mencapai tahap sebagai manusia bijaksana, seorang ilmuan. Kenapa dia perlu dimusuhi? Butakah mata kamu untuk melihat betapa ramainya di luar sana manusia pengkhianat berlagak jujur, berlambak-lambak syaitan yang bertopengkan manusia! atau musang berbulu ayam. Ini termasuk ahli dan pemimpin Umno sendiri ! Barangkali peluru itu sesuai untuk mereka ! bukan Profesor Aziz Bari.
Semoga Profesor Aziz bertenang dan bersabar dalam menghadapi isu yang kononnya beliau menentang dan menderhakai raja. Beikutan ugutan bunuh yang diterimanya kelmarin, diharap pihak polis menyiasat betul-betul dan tidak bertindak sambil lewa. Tak kira siapa mereka! Melayu cop keris telanjang ke, Melayu cop kapak ke,.. mengirim peluru dan membuat ugutan bunuh tetap satu kesalahan jenayah!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan