Kalau tak silap harga tiket final piala Malaysia tahun lepas RM35.
Final piala FA yang terbaru RM30. Bayaran kedua-duanya sudah dianggap cukup tinggi !. Dan kini final Piala Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini, FAM nak naikkan kepada RM50?,…. Melampau !!
Persatuan bolasepak Malaysia Fam diseru agar jangan terlalu tamak !, Jangan cekik darah peminat dengan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga tiket dalam keadaan di mana sokongan peminat-peminat belum lagi betul-betul pulih seperti suatu ketika dulu.
Dengan kata lain sokongan peminat bolasepak tempatan belum cukup konsisten dan belum cukup memberansangkan! Tahap keselesaan dan keselamatan penonton juga belum boleh dibanggakan.. Keghairahan dan keseronokan terhadap pemain import seperti suatu ketika dulu pun belum lagi terlaksana! sedangkan keperluan pemain import sudah menjadi lumrah atau satu kemestian. Mana ada negara yang maju dalam bolasepak tanpa pemain import?
Kenapa harga tiket RM50 tak manasabah ?
1. Kualiti rumput atau padang Stadium Shah Alam sangat rendah, keseronokan menonton akan terjejas! Mau tak mau perlawanan terpaksa juga diteruskan walaupun di atas padang yang kurang bermutu. Tetapi amat tidak manasabah harga tiket dinaik kepada RM50.
2. Mutu kejohanan bolasepak di Malaysia belum betul-betul meningkat, belum boleh dibanggakan! belum bertaraf Asia, apa lagi kalau dibanding dengan Eropah! FAM jangan perasan mutu bolasepak Malaysia sudah cukup bagus!
Menaikkan harga biasa kepada RM50 bagi seorang dewasa adalah amat keterlaluan dan tidak adil kepada seluruh peminat dan penyokong bolasepak tempatan. Langkah FAM itu akan membantutkan sokongan peminat. Kalau satu keluarga yang terdiri suami isteri dan anak ingin menonton di stadium mereka terpaksa mengeluarkan sekurang-kerangnya RM100 atau lebih. Ini belum lagi mengambilkira petrol, tol dan lain-lain,. pasti mereka akan berfikir sepuluh kali !
Justeru dalam keadaan suasana ekonomi tidak menentu, dimana harga barang naik gila-gila dan kos sarahidup yang semakin meningkat, maka sudah tentu peminat bolasepak akan memilih menonton tv. saja
Kepada FAM !, jika hendak menyemarakan sokongan peminat di stadium, tawarkanlah harga tiket yang manasabah dan berpatutan agar peminat dan penyokong tidak rasa terbeban.. InsyaAllah stadium akan penuh dengan peminat setia.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan