Beta akan letak jawatan jika siswa-siswi berdemo,…
Mudahnya rakyat untuk menjadi derhaka!
Seandainya siswa-siswi Universiti Tun Hussein Onn buat tak kisah atau tak ambil peduli titah Sultan Johor ini adakah mereka akan di cop dan dihukum sebagai penderhaka?
Sultan mungkin tak kata apa-apa,.. tetapi pengampu-pengampu tegar Umno pasti akan berkata pelajar-pelajar tersebut adalah penderhaka kerana engkar perintah sultan ! dan mereka mesti meminta ampun!
Di bawah ini sebahagian titah Sultan Johor petikan dari laporan Malaysiakini,..
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.
Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan. (lebih sesuai istilah mengubah kerajaan bukan anti kerajaan)
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.
"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini. - Mkini.
Kesimpulannya – maksud titah baginda ialah,….
Mahasiswa-mahasiswi UTHM Jangan sokong Pakatan Rakyat, sokong BN tak apa
Kalau anda masih nak sokong Pakatan, beta akan letak jawatan sebagai Canselor. Begitulah lebih kurang maksudnya,.. macam mengugut pun ada !
Sedikit lucu pun ada bila mendengar titah Sultan Johor ni. Apa hak baginda untuk menghalang minat atau sokongan rakyat terhadap parti yang telah dihalalkan oleh perlembagaan? Sultan sendiri pun boleh menjiwai atau meminati mana-mana parti pilihannya sebagai hak peribadi. Tak perlu menceroboh sempadan hak orang lain!. Kalau hak rakyat disekat dihalang, maka tak gunalah Malaysia mengamalkan demokrasi? Sebaik-baiknya biarkan lah demokrasi hidup dengan subur!
Apa yang baginda takut sangat kalau berlaku perubahan politik ? Contoh – Sultan Kelantan tak terjejas pun kedudukannya walaupun Kelantan diperintah oleh parti PAS. Yang Dipertua Pulau Pinang masih kekal Melayu walaupun Ketua Menterinya DAP dari Pakatan Rakyat.
Orang Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya tentu boleh berfikir dan faham konsep sebenar demokrasi. Apa kebaikan yang telah dibawa oleh PR. dan apa perubahan akan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat. (merujuk kepada Selangor dan Penang)
Menyekat kebebasan mahasiswa bermakna membunuh peminpin masa depan! Membunuh demokrasi itu sendiri
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan