Kerajaan Bn pimpinan Najib telah gagal mengemukakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang sepatutnya dibentangkan bersama dengan Laporan Ekonomi dan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu.
Kelmarin tanggal 24 Oktober 2011 setelah terlewat 17 hari baru lah Laporan itu diedarkan. Kenapa begitu lewat ? Mungkinkah ada sesuatu yang hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat?
Kalau soalan ini ditanya kepada Najib atau mana-mana menteri kanannya maka akan keluarlah kata-kata atau madah berhelah dari mulut mereka,.. bermacam alasan akan kita dengar. Lain-lain menteri pula kalau ditanya tentu akan akan menjawab – no komen, nak cari jalan selamat!
Apa-apa pun Najib semestinya menjawab persoalan ini di parlimen, bukan mendiamkan diri atau sibuk dengan hal-hal lain yang tidak penting.
Apa yang kita faham dan seluruh rakyat faham Laporan Tahunan Ketua Audit Negara yang telah pun dibentangkan agak lewat itu - menggambarkan adanya penyelewengan, ada berlaku kepincangan , keborosan dan keraguan dalam pentadbiran khususnya dalam pengurusan kewangan.
Ada projek-projek mega yang tidak mencapai matlamat dan hasrat kerajaan. Lebih malang projek ini menjadi milik kroni atau keluarga suku sakat menteri. Begitu juga dalam bab membeli barang yang dibuat oleh kementerian-kementerian yang berkenaan. Sekadar contoh,.. mana mungkin harga barangan RM2 boleh menjadi RM200? Atau harga sebenar RM1000 boleh menjadi RM4000? Sah! penyelewengan dan salahguna kuasa telah berlaku.
Nampaknya cara kerajaan mentadbir dan mengurus kewangan negara (wang rakyat) sangat boros, melampau dan tidak beretika. Seolah-olah ini adalah penggal terakhir mereka memerintah! Apa kami peduli!, selagi boleh songlap kita songlap. Parti mana yang memerintah selepas ini, pandai-pandai lah,… wow! begitu agaknya dalam pemikiran mereka! dahsyat!
Mungkinkah ada bukti-bukti lain yang lebih besar disembunyikan dari pengetahuan umum? Sama-sama kita tunggu dan lihat !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan